Saya merasa amat hairan dengan beberapa orang saudara Melayu se-Islam yang sanggup meng-unfriend saya di FB ..Walhal mereka merupakan golongan yang sangat ghairah terhadap kesepakatan sesama melayu…Namun mungkin disebabkan oleh beberapa perbezaan pendapat , serta beberapa kritikan menjadi penyebab utama kepada perkara tersebut.
Lebih malang lagi ada yang sanggup mengatakan saya menjadi penyebab perbalahan diantara saudara-saudara semelayu disamping mengatakan saya telah menimbulkan beberapa “ Tashqiq” ( kekeliruan) terhadap beberapa isu , walaupun telah beberapa kali saya katakan , kita ingin berbincang dengan ilmiah, saintifik beserta hujjah dan harmoni.
Mereka ini pada pandangan saya secara zahirnya mempunyai niat yg baik dan soleh dalam bercakap tentang kepentingan kesepakatan Melayu ( bangsa) dan perpaduan, namun disana ada beberapa perkara dinyatakan, bagi pandangan saya merupakan kenyataan yang kurang tepat dan kurang adil dalam bercakap tentang kesepakatan Melayu di bumi tercinta ini.
Di sini saya merasaka keperluan untuk menjelaskan beberapa kekeliruan ,persoalan serta beberapa hakikat Dakwah , Ukhuwwah & perkauman . InsyaAllah disini saya akan mengutarakan secara ringkas dan padat beberapa persoalan kepada Pejuang-pejuang Perkauman Melayu Sepakat ...
Persoalan:
Kenapa perlu menggunakan ketuanan melayu utk mengislah masyarakat?..
Method apakah ini..?
bolehkah mengislah masyarakat dengan menggunakan strategi perkauman (melayu)?
...seolah2 Islam itu tidak sempurna apabila memerlukan ketuanan atau perkauman melayu dalam mengajak kepada ISLAM..
.Adakah Islam tidak akan berdaulat sekiranya Melayu tidak sepakat ..?
.. Adakah mengajak kepada Melayu itu bermakna mengajak kepada ISLAM ..?...
Hakikat Dakwah:
لم يكن الرسول رجلا إقليميا أو زعيما وطنيا
1) Rasulullah Bukanlah Seorang Pemimpin Kebangsaan :
Jika Rasulullah saw berkehendak mempromosikan dirinya sebagai pemimpin nasional seperti yg dilakukan oleh pemimpin2 politik yg lain tentunya beliau akan mendapatkan peluang yg baik sekali untuk mempersatukan bangsa Arab di bawah satu pemerintahan arab yg kuat yg akan menggabungkan suku Quraish dan kabilah2 arab di bawah kekuasaaannya.
Tentunya Abu Jahal dan Utbah bin Rabi’ah dan pemuka2 bangsa quraish lainnya akan mendukung beliau jika beliau ingin mempromosikan dirinya sebagai pemimpin kebangsaan. Dan mereka pasti akan bermati-matian untuk membelanya.
Melayu Sepakat???
Mungkin ada orang berkata: Bahawa Nabi Saw itu boleh menggunakan pengaruh peribadinya yang terkenal dengan kejujuran dan disanjungi ramai kerana pernah diangkat menjadi hakim menyelesaikan perbalahan suku-suku Arab mengenai Hajar Aswad, dan semua golongan berpuas hati menerima keputusan beliau lima belas tahun yg silam, begitu juga beliau selaku seorang tokoh ulung Bani Hasyim dan keturunan Quraish yg paling dimuliakan itu boleh dan mampu untuk memulakan dakwah beliau dengan kempen nasionalisme Arab untuk menyatupadukan kabilah-kabilah Arab yg telah dimakan oleh pertumpahan darah kerana membalas dendam dan telah dikotak-katikan oleh berbagai-bagai perbalahan dan persengketaan dan untuk memimpin mereka ke arah perjuangan nasionalisme demi mengambil kembali bumi mereka yg telah dirampas oleh empayar2 penjajah Roman dan Parsi dan demi mengibar tinggi panji-panji bangsa Arab dan Arabisme demi mewujudkan kesatuan dan kesepakatan Arab yg kuat di seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab..
Andainya Rasulullah saw memulakan dengan dakwah ini tentulah seluruh bangsa Arab – mengikut pandangan terkuat- akan menyambut dakwahnya dan tentulah beliau tidak lagi terpaksa menghadapi penentangan selama 13 thn dari pihak-pihak yg memegang kuasa di Semenanjung Tanah Arab .......
Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak mengarahkan Rasul-Nya SAW ke arah ini , malah mengarahkan beliau supaya secara terus terang mengisyhtiharkan dakwah Laa Ilaha Illallah dan supaya beliau dengan sekumpulan kedil pengikut-pengikutnya menyambut seruannya dan sanggup memikul risikonya yg amat memenatkan ini ....
لم يبعث لينسخ باطلا بباطل
2) Nabi SAW Diutus Bukan Untuk Mengikis Kejahatan Dengan Kebatilan :
Nabi Muahmmad bukan diutus untuk mengikis kejahatan dengan kebatilan, atau menghapuskan pertikaian dengan permusuhan yg lain, atau melarang sesuatu dengan mengerjakan yg lain. Nabi bukanlah seorang pemimpin nasional ataupun pemimpin politik yg akan mengusir kekuasaan bangsa Romawi dan Parsi untuk digantikan atasnya pemerintahan Adnan atau Qahtan (Arab). Nabi adalah seorang Rasul yg diutus kepada seluruh ummat manusia untuk membebaskan ummat manusia dari penghambaan sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah semata-mata. Membebaskan ummat manusia dari kesempitan dunia , menuju keluasan di dunia dan akhirat, dan membebaskan manusia dari kesesatan agama-agama menuju pada keadilan ISLAM . Nabi diutuskan hanya untuk menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran . Nabi juga diutus untuk menghalalkan semua yg baik dan mengharamkan semua yg buruk dan membebaskan mereka dari segala kesengsaraan dan penindasan .
Dakwahnya bukan diperuntukkan hanya untuk suatu bangsa saja. Risalahnya pun bukan hanya diperuntukkan untuk suatu bangsa tertentu saja. Risalahnya harus disebarkan keseluruh ummat manusia ........
3) Ketinggian Aqidah :
Sesungguhnya natijah utama daripada dasar Islam dalam persoalan ini, iaitu persoalan membentuk organisasi berdasarkan aqidah , tidak berdasarkan perkauman, negeri, warna kulit, bahasa dan kepentingan daerah dan sempadan negeri yg sengaja dibuat-buat , dan persoalannya ialah menonjolkan ciri “ Kemanusian Manusia” melalui organisasi itu, bukan menonjolkan ciri-ciri yg menjadi sifat persamaan di antara manusia dan haiwan.
Natijah utamanya ialah bahawa masyarakat Muslim itu menjadi sebuah masyarakat terbuka untuk semua bangsa , semua golongan ,semua warna kulit, semua bahasa , tanpa sebarang halangan ..... Di dalam masyarakat Islam yg tiada tolok bandingnya itu telah berkumpul bangsa Arab , Parsi, Syam,Mesir, Turkey, China, Rom, India ,Indonesia dan juga orang afrika, malah seluruh bangsa didunia ini, mereka bersatu padu dan bekerjasama dengan eratnya dalam membina masyarakat dan tamaddun Islam. Tamaddun yg agung yang tidak pernah sekalipun menjadi tamaddun yg dimiliki oleh orang Arab sahaja , malah ia menjadi tamaddun Islam , juga tidak menjadi masyarakat kebangsaan dan perkauman, bahkan menjadi masyarakat yg berlandaskan Aqidah .....
جنسية المسلم وعقيدته
4) Rupabangsa Seorang Muslim Adalah : Aqidahnya
Islam datang membawa satu konsep baru untuk ummat manusia. Konsep mengenai hakikat segala tali-temali dan alat penghubung. Serentak dengan itu Islam juga membawa satu konsep baru mengenai hakikat nilai-nilai dan hakikat dari manakah nilai-nilai itu perlu ditatang-terima.
Firman Allah swt:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai -berai……..( Al-Imran : 103)
Islam datang untuk mengangkat darjat ummat manusia dan mensucikannya daripada hubungan tanah dan air dan juga daripada hubungan daging dan darah. Dengan demikian maka tiada tanahair bagi setiap muslim itu melainkan negara yg didalamnya syariat dan undang-undang Allah dilaksanakan, dan pertalian diantara setiap muslim dengan setiap penduduk negara itu adalah berdasarkan pertalian di jalan Allah. Tiada rupabangsa bagi setiap muslim melainkan aqidahnya yg menyebabkan dia berhak menjadi seorang anggota di dalam “Ummah Islamiyyah” di dalam sebuah “daulah Islamiyyah” . Tiada hubungan keluarga bagi setiap muslim itu melainkan kekeluargaan yg tercetus dari aqidah dan keyakinan kepada Allah, lalu hubungan mesra di antaranya dengan kaum keluarga dan kerabat handainya terjalin kerana Allah semata-mata.
Keluarga yg hakiki bagi setiap muslim itu bukanlah ayah ibunya, saudara-maranya, isteri atau suaminya, kaum kerabat atau suku sakatnya selama tidak terikat oleh tali tunggal yg suci itu , tali tauhid dan aqidah keyakinan kepada Allah Yang Maha Esa , melainkan sesudah itu barulah bernilai sebarang hubungan darah dan kekeluargaan.
Dilema Perjuangan ……..
Dermikianlah halnya Nabi Muhammad SAW telah memerangi Mekah, negeri kelahirannya sendiri, walaupun di sana ramai kaum keluarga dan sanak saudaranya, malah walaupun disana ada rumahnya sendiri, rumah para sahabatnya dan harta benda peninggalan mereka, sebab sebuah Negara itu belum diangap menjadi Negara Islam kecuali apabila ia patuh kepada ajaran Islam dan menjalankan syariat Islam .
Inilah dia Islam …. dan Negara seperti yg disebutkan di atas itulah sebenar-benar Negara Islam, bukan sekeping tanah, bukan suatu bangsa, juga bukan suatu keturunan, bukan suatu persemendaan, bukan berdasarkan kabilah dan tidak pula berdasarkan suku sakat.
Negara yg tetap dirindui oleh setiap Muslim itu bukanlah sekeping tanah tertentu. Rupabangsa si Muslim yg menjadi identity, dan pengenalanya bukannya rupabangsa dari suatu pemerintahan tertentu. Kaum keluarga tempat seseorang Muslim berteduh dan menumpang kasih bukanla berdasarkan darah keturunan. Panji-panji yg menjadi lambang kemegahan hidup seorang Muslim yg dia rela syahid di bawah kibarannya bukanlah panji-panji perkauman atau kebangsaan, manakala kemenangan yang dibanggakan oleh seorang Muslim yang disyukurinya bukan kemenangan tentera di medan pertempuran , tapi kemenangan di bawah panji-panji aqidah , bukan di bawah panji-panji yang lain ….
الملايو أولا أو الإسلام أولا
5) Dahulukan Melayu atau Dahulukan Islam ???
Di antara kandunagn ajaran Islam ialah : Kaum kerabat adalah paling utama diperlakukan dengan makruf. Hak jiran adalah lebih kuat daripada hak ummat Islam yg lain dan jiran yang paling utama untuk dijaga ialah jiran yg pintunya paling hampir dengannya. Dari sini seorang Muslim tidak mendapati halangan pada agamanya untuk berusaha bagi kebaikan Negara di mana dia hidup di atas tanahnya dan di bawah bumbung langitnya….
Tetapi perselisihan yang sebenar akan berlaku apabila wujudnya pertentangan yang hakiki di antara 3 ungkapan ini iaitu : “ Melayu , Kebangsaaan & Islam “ .. Saya merasakan di sana terdapat banyak artikel2 yang telah ditulis oleh pejuang-pejuang Melayu Sepakat @ Hidup Melayu yang pada pandangan saya kebanyakan tulisan-tulisan ini ditulis mengikut logik Nasionalisme atau menjadikan bangsa atau perkauman sebagai kayu ukur walaupun ada di antara mereka cuba menyamakan antara perkauman dan Islam ( Jatidiri melayu, keluarga Melayu ..dll) serta cuba mengambil istidlal daripada Nash-Nash Al-quran dan Sunnah … Saya tidak nafikan sesiapa yg membaca penulisan-penulisan tersebut akan mendapati bahawa logik mereka amat kuat dan hujjah mereka amat jelas …..
Oleh itu ……..
Logik yang sama jugalah yang perlu digunakan untuk menolak pendokong Nasionalisme yg sempit di dalam berhadapan dengan pendokong Islam yang luas kerana ufuk Islam adalah lebih luas dan besar daripada ufuk Nasionalisme dan perkauman. Ia menjadikan seorang Muslim lebih layak untuk menyatakan dengan tegas bahawa : Al-Islam Awwalan ( Dahulukan Islam ).
Satu hakikat yang sepatutnya kita pertegaskan tanpa sebarang mujamalah ialah bahawa agama bagi seorang Mukmin adalah lebih bernilai daripada segalanya. Apabila dijangkakan akan berlakunya pertentangan agama dengan Nasionalisme atau kebangsaan maka bagi orang yg beriman , agama akan didahulukan daripada yang lain. Agama tidak akan dapat diganti oleh sesuatupun sedangkan Negara dapat digantikan dengan yang lain kerana bumi Allah itu luas. Oleh itu disyariatkan hijrah untuk mencari rezeki atau mencari keamanan dan kebebasan
…..Persoalannya ialah ,sanggupkah para aktivis dakwah menggadaikan bangsa demi ISLAM...?...Sanggupkah aktivis2 dakwah memadamkan segala api2 perkauman atau mengutamakan bangsa lain demi ISLAM?... ....
الأخوة أساس العزة
6) Ukhuwwah Teras Kegemilangan.
Imam Al-Banna :
وتحابوا فيما بينكم ، واحرصوا كل الحرص علي رابطتكم فهي سر قوتكم وعماد نجاحكم ، واثبتوا حتي يفتح الله بينكم وبين قومكم
بالحق وهو خير الفاتحين
“ Berkasih sayanglah sesama kamu dan peliharalah Ukhuwwah kerana ianya adalah rahsia kekuatan dan kemenangan kamu. Hendaklah kamu berterusan di dalam keadaan demikian, sehingga Allah datangkan kemenangan bagi kamu dan agamamu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perberi kemenangan” .
Secara ringkas saya katakan bahawa natijah kepada Ukhuwwah Islamiyyah ialah dapat membuktikan Wahdatul Islamiyyah ( penyatuan Islam ) yang padu , bukan penyatuan perkauman bangsa ( Wahdatul Qaumiyyah) . Ini kerana Ukhuwwah itu sendiri terikat dengan Aqidah Rabbaniyyah dan tertegak di atas taqwa , kerana syiar islam yg kekal ialah :
إنما المؤمنون اخوة
“ sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara” ….( Dan kerana prinsipnya yg kukuh tidak boleh diganti iaitu :
إن أكرمكم عند الله أتقاكم
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu)
serta mengira setiap dakwah kepada pertalian bangsa, keturunan, suku, keluarga atau kenegaraan atau bentuk kepentingan perkongsian dalam persatuan .....sebagai kempen jahiliyyah ...Dalil kepada pegangan ini ialah Firman Allah :
قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم واخوانكم

وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم
من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لايهدي القوم الفاسقين
“ Katakanlah, jika adalah bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan keluarga kamu dan harta benda yang kamu dapat dan perniagaan yg kamu takut kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu sukai itu , lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah datangkan urusan-Nya , kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yg fasiq”
Ayat tersebut memberi pengertian dalam membuat penentuan kepada Muslim tentang hakikat ini iaitu, dalam perhitungan terhadap mana-mana satu pertalian samada perkauman, perkahwinan,suku,puak, kepentingan kebendaan atau tanah air ... mengatasi pertalian Aqidah Islamiyyah adalah menyeleweng dan sesat serta keluar dari millah-Islam. Ayat tersebut memberi amaran bahawa orang yg beramal dengan sikap sedemikian akan dihadapkan kepada azab Allah , kerana Allah tidak akan memimpin kaum yg fasiq . .. ..
Kesimpulan .....
Inilah dia konsep yang tinggi nilainya mengenai Dakwah, Rupabangsa , dan Ukhuwwah yang seharusnya menjadi pedoman yg menguasai hati para aktivis dakwah , yang seharusnya diberitahu dengan terang dan lantang kepada seluruh ummat manusia , supaya tidak bercampur baur dengan penyelewengan yg dibawa oleh konsep jahiliyyah dan diseludup secara senyap-senyap....Ia juga supaya tidak diresapi oleh berbagai bentuk syirik yg tersembunyi ( syirik khafi) ,iaitu mensyirikkan Allah SWT dengan tanah, dengan bangsa, dengan kaum, dengan keturunan, dan syirik dengan berbagai kepentingan yg kecil untuk keperluan jangka pendek ....
Demikian juga tidak seharusnya sama sekali timbulnya rasa ragu dan syak wasangka mengenai hakikat jahiliyyah dan hakikat Islam di dalam hati para aktivis dakwah.....Setiap aktivis dakwah mesti meyakini diri sendiri untuk ditanam keyakinan kepada orang bahawa : Tiada Islam di dalam negara yg tidak dikuasai oleh Islam dan tidak tertegak di dalamnya syariat Islam...Para aktivis dakwah perlu benar meyakini bahawa tiada altenatif bagi Iman selain daripada kekufuran, tiada altenatif lain bagi Islam selain daripada jahiliyyah dan tiada altenatif lain bagi kebenaran melainkan kesesatan jua .....
Wallahu A’alam Bissowab
Perbincangan ringkas : Pejuang Melayu Sepakat @ Hidup Melayu .....
by Abdul Rahman Sayuti on Thursday, December 29, 2011 at 11:53pm
Rujukan :
في ظلال القران للشهيد سيد قطب
معالم في الطريق للشهيد سيد قطب
الاسلام والعلمانية وجها لوجه للقرضاوي
الأخوة الإسلامية للشيخ عبد الله ناصح علوان
ماذا خسر العالم بإنحطاط المسلمين - أبو الحسن الندوي
الوقفات الفكرية في ظلال القرآن للدكتور

Assalamu'alaikum wr. wb.
ReplyDeleteDicadangkan Tajuk "Muslim Sepakat, Islam Berdaulat' dijadikan tajuk ceramah di SAA, BTHO pada hari ahad ini.
JazakAllah.
melayu sepakat islam berdaulat...pa kata kau?!!.then what about us yang tak melayu tapi islam?.then what about orang arab,kadazan,bidayu and the rest?.tanpa melayu islam berdaulat,lihatlah betapa hebatnya orang bukan melayu perjuangkan demi islam.tatak wawasan punya melayu.
ReplyDeleteSecara peribadi, ana rasa tak salah bersatu atas dasar bangsa berbanding berpecah atas dasar politik. Islam tetap akan terdaulat sama ada dengan Melayu atau tanpa Melayu. Kesatuan Melayu bagi ana sedikit sebanyak dapat membantu dalam merancakkan lagi kedaulatan Islam di tanah air khususnya kerana majoriti umat Melayu adalah Islam. Namun, adakah dengan perpecahan umat terutama Melayu atas dasar politik dapat membantu dalam mendaulatkan Islam? Wallahualam.
ReplyDelete