Berikutan tindakan pihak pengurusan Felda yang telah mengarahkan peneroka menyerahkan beberapa dokumen peribadi termasuk salinan I.C dan geran tanah,lapan report polis telah dibuat peneroka dari kawasan Jengka jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.
Berikut ialah kandungan report polis tersebut.
3 Mac 2012
LAPORAN POLIS KE ATAS
1.Dato Ahmad Maslan(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
2.Tan Sri Isa Samad(Pengerusi Felda)
3.Pengurus Felda
MUQADDIMAH
Para Peneroka Felda telah menerima surat pekeliling daripada Pengurus Felda. Antara isi kandungannya:-
- Mohon salinan Kad Pengenalan Peneroka(berwarna),
- Mohon salinan Geran Hakmilik Ladang dan rumah,
- Mohon maklumat Pentadbir Tanah,
- Mohon maklumat anak-anak Peneroka,
- Mohon maklumat status Bank( senarai hitam atau tidak),
- Mohon salinan Akaun Maybank(sekiranya tiada, diminta buat segera),
- Mohon nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF).
ADUAN
- Mendesak pihak Polis menyiasat tujuan dokumen di atas diperlukan.
- Mendesak pihak Polis menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling kononnya Peneroka bakal menerima durian runtuh.
- Mendesak pihak Polis menyiasat apa kaitan penyenaraian Felda Global Venture Holding dengan Peneroka sedangkan EGM KPF telah dibatalkan.
- Mendesak pihak Polis menyiasat kebimbangan Peneroka wujudnya penipuan yang berselindung atas nama durian runtuh.
- Mendesak pihak Polis menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran Hakmilik Peneroka akan di cagar untuk tujuan tertentu disebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas(Special Purpose Vehicle-SPV)
Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan para peneroka disogokkan dengan gambaran mereka akan mendapat durian runtuh dengan jumlah saham dan wang tunai. Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran Hakmilik diberikan. Isu penyenaraian Felda Global Venture Holding ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran pembatalan EGM KPF pada 22 hb Februari 2012 lalu. Namun ianya dijadikan sandaran utama untuk memperdaya para peneroka.
Terdapat sebahagian warga Felda yang keliru dengan surat pekeliling yang di keluarkan. Adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu seperti Datuk Ahmad Maslan dan Tan Sri Isa Samad yang mempertegaskan penyenaraian Felda Global Venture akan diteruskan. Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan resmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda.
Justeru, siasatan pihak Polis amat diperlukan untuk membuktikan sejauh mana kebenaran surat pekeliling di atas agar para peneroka tidak terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung disebalik tawaran durian runtuh.
Saya mohon siasatan segera dibuat dan tindakan berasaskan peruntukan undang-undang dapat dilakukan.
Sumber : http://tukulbesi.blogspot.com/2012/03/felda-minta-geran-tanahlapan-report.html
SEDAR TAK SEDAR KERAJAAN TARIK BALIK APA YG DIORG BAGI KEPADA PENEROKA MCMANA BOLEH JADI BRGINI ORG TUA DULU KATA BURUK SIKU
ReplyDeleteORANG TUA-TUA CAKAP BURUK SIKU WEH.OOI
ReplyDelete