Wednesday, March 7, 2012

KENAPA AKU, KAU DAN KITA SEMUA ANTI LYNAS?

Kenapa aku, ko dan kita semua perlu HIJAU esok?

Saturday, February 25, 2012

Kenapa ko anti lynas? Ko belajar sains meh? Ko tahu tak lynas tue selamat? Ko tak reti pasal neh buat cara tak reti. Jangan nak berlagak pandai dengan budak sains. Apa yang ko cakap tue langsung tak akedemik, sampah dan tak berasas. Jangan anti lynas. Kita sokong sebab lynas selamat.
Lagipun ko ingat aku taktau meh bahawa anti lynas tue tajaan pembangkang untuk lawan kerajaan? Alah bukan apa sangat cuma nak lawan kerajaan.. so saja2 lah buat hijau la kuning la apa lah. Saja nak populis padahal taktau satu hapa pun pasal lynas. Pigidah.
Ini antara komen2 yang wujud bila kita menyuarakan bantahan anti lynas. Sebenarnya pendirian mereka tidak semua nya salah. Ada yang betul. Tetapi perjuangan kita juga bukan salah. Malahan lebih betul dari pendirian mereka. Walaupun mereka ada fakta akedemik, kita juga bukan lawan guna hujah sampah.
Sudah banyak bahan bacaan pasal lynas neh di share tetapi mungkin masih ramai yang sukar nak faham. Mungkin bahasa yang digunakan terlalu akedemikal sehingga menyebabkan sukar untuk mereka memahami apa itu lynas dan kenapa perlu kita bantah projek neh.
Adakah lynas berbahaya?
Tidak. Lynas neh sebenarnya baik. Dia akan menguntungkan malaysia geng. Kita akan dapat memecahkan monopoli negara china yang menguasai 97% pasaran rare earth. Memecahkan monopoli china bererti membuka satu lagi peluang untuk menjana pendapatan negara. Ini impak positif.
Selain itu teknologi yang di bawa oleh lynas boleh dipelajari oleh rakyat malaysia. Jika pekerja2 malaysia terlibat dalam operasi kilang lynas kita boleh belajar bagaimana nak operate kilang seperti neh, belajar teknologi mereka dan kemudiannya kembangkan ia untuk kegunaan rakyat sendiri.
Bukan senang ye nak operate kilang2 seperti neh. Ia memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi. Berada di malaysia ialah satu keuntungan kepada rakyat malaysia itu sendiri untuk mengintai teknologi mereka dan seterusnya belajar sehingga mahir. Mana tahu suatu hari nanti kita ada rakyat malaysia yang cipta mesin proses nadir bumi.
Habis kalau best sangat kenapa ada anti lynas?
Lynas memang best tapi sayang operasi lynas itu akan menghasilkan sisa. Sisa itu kemudiannya akan menghasilkan radiasi. Semakin banyak sisa yang terhasil dan terkumpul, semakin tinggi radiasi akan terbentuk. Sisa itu menurut lynas tidak akan dipindahkan semula ke australia. Sebaliknya akan kekal di malaysia. Terpulanglah cara mana lynas malaysia nak uruskan ia yang penting ia akan kekal di malaysia.
Baca bawah neh ;
‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapatthorium, cerium dan lanthanum.
Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!. -HD-
Itu baru setahun. Bukan 12 tahun. Itu jika tiada operasi tambahan. Bayangkan jika mereka menambahkan operasi. Bukan kah sisa juga akan bertambah? Dari dulu lagi LYNAS tidak menjawab bagaimanakah mereka akan menguruskan sisa neh. Aku dah baca banyak artikel pasal lynas neh mostly dari malaysia insider english dan bm version.
Mula2 lynas malaysia cakap sisa pemprosesan boleh dibuang sebagai sampah domestik. Maksudnya boleh dilepaskan begitu sahaja. Namun setelah diteliti kita dapati sisa tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sebab ia mengandungi radiasi.
Kemudian kata mereka radiasi itu sangat kecil. Alah radiasi rokok lagi bahaya. Radiasi tv lagi tinggi. Setakat lynas apa lah sangat. Namun mereka lupa kita juga bukan orang bodoh. Radiasi itu kecil kerana jumlah nya sedikit. Bagaimana jika sisa itu semakin banyak? Bukan kah radiasi akan semakin tinggi?
Kemudian mereka kata alah.. bukan hari2 kena radiasi. Jarang2 kena. Macam xray tue. Pun ada radiasi gak. Tapi terpaksa tahanlah kesan radiasi kalau nak berubat. Sama macam gebeng. Sekali sekala kena radiasi takde apa hal sangat.
Dan sekali lagi mereka lupa. Badan manusia neh berbeza2. Boleh jadi sesetengah manusia boleh kena radiasi xray. Tapi bukan pula bagi manusia yang lain. Contohnya sedara aku sorang neh. Dia tak boleh kena radiasi even dari x ray pun sampai doktor tak boleh nak x ray dia. So tahap kesihatan yang berbeza2 bagi setiap manusia neh akan menghasilkan kesan yang berbeza2 juga.
Dan akhirnya mereka pun terdiam. Mereka tidak menjawab bagaimana sisa tersebut akan di uruskan. Ada pernah terbaca bahawa mereka akan kumpulkan ia di satu tempat dan tempat tersebut dijamin tertutup. Tiada akan ada radiasi yang KELUAR namun dalam masa yang sama mereka juga menerangkan bahawa tidak boleh memberikan jaminan keselamatan 100% kerana ia sesuatu yang mustahil!
Faham tak? Radiasi memang wujud di sisa buangan tetapi radiasi tersebut berkumpul di satu tempat dan tidak akan dibiarkan untuk keluar namun tidak boleh berikan seratus peratus jaminan keselamatan sebab ia mustahil. Alasan mereka ialah mana ada pemprosesan nadir bumi yang 100% selamat. Nah.
Di jamin selamat tetapi bukanlah keselamatan yang sepenuhnya? Jika anda jadi penduduk kuantan maka apa yang anda akan fikir?
Apa yang berlaku ketika di proses pula?
Ketika di proses ini yang akan berlaku ;
Selepas itu, ini pula akan berlaku ;
Kat sini lah argument kita pasal sisa bermula. Jika ia penuh macam mana lynas malaysia akan uruskan dia? Bina loji simpanan yang baru? Lepaskan ia sebagai sampah domestik? Atau kekalkan ia dalam loji penyimpanan sisa? Adakah ini bermakna loji simpanan yang ada radiasi tersebut akan kekal berada di situ sampai bila2? Bagaimana jika berlaku hakisan tanah? Bagaimana jika berlaku gegaran? Gelinciran? Gempa bumi? Tsunami? Atau apa sahaja. Adakah ia akan selamat?
Jika korang pernah baca dulu ada kes pasal paip yang digunakan dalam pembinaan kilang lynas neh tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Sepatutnya guna paip jenis tue tapi mereka guna jenis lain. Tak pasti sejauh mana ia akan memberikan kesan negatif tapi kalau takde kesan buat apa engineer yang terlibat dalam lynas neh bersuara?
Dan bayangkan jika berlaku kebocoran dan sebagaimana apa yang penduduk kuantan akan alami? Lihat bawah neh ;
Ini hanya akan terjadi jika radiasi tersebut bocor / dilepaskan keluar. Selagi ia tidak dilepaskan keluar, selagi itu penduduk kuantan akan selamat. Itu adalah fakta. Tapi macam aku cakap kat atas tadi, risiko tetap ada. Oleh kerana itu kenapa rakyat kuantan perlu menghadapi risiko neh? At least mesti ada sebab yang nyata untuk mereka bersedia menanggung sebarang risiko bukan?
LYNAS offer peluang pekerjaan pada penduduk setempat der.
Jangan bohong. Peluang pekerjaan cuma 350 sahaja. Dan sudah tentu ia bukan boleh guna sebarangan buruh. Ia perlukan buruh mahir dan separuh mahir. Dan ia perlukan seorang yang tahu mengendalikan operasi mesin dan sistem. Ia juga perlukan seseorang yang berpengalaman tinggi bagi menguruskan kilang. Apakah layak orang malaysia mengetuai lynas? Tidak. LYNAS [ MALAYSIA ] 100% dimiliki oleh australia. Kita takde saham satu sen. So apa keuntungan kepada penduduk kuantan untuk mereka bersedia menanggung risiko? Jawapan nya ialah ==> TIADA.
LYNAS jana pendapatan ekonomi negara der. Bayangkan permintaan yang tinggi terhadap rare earth. Berapa banyak malaysia boleh dapat? Untung siot.
Ya. Tapi masalahnya lynas neh bukan malaysia punya. Malaysia [atas nama kerajaan] tiada apa2 saham ataupun kepentingan pun jika lynas neh beroperasi di malaysia. Malahan ia bebas cukai selama 12 tahun. Macam mana kerajaan nak menjana ekonomi dari lynas aku tatau. Kalau atas nama individu, ya ada. Tetapi itu individu dan syarikat proksi pro pemimpin kerajaan. Still keuntungan nya tidak mendapat kepada rakyat dan kerajaan. Ia swasta. Bukan hak milik kita keuntungan tersebut.
Jadi sekali lagi penduduk kuantan tertanya2 apa keuntungan kepada mereka untuk membiarkan mereka sanggup berhadapan dengan risiko tinggi seperti ini?
Fikirkan teknologi yang kita boleh belajar dari mereka. Saintis PAS pun setuju. Apa masalahnya?
Apakah che rosli satu2nya saintis yang wujud di malaysia neh? Bagaimana pula dengan pakar lain yang turut tidak bersetuju dengan lynas? Apa yang membuatkan korang mesti berpegang kepada kata2 che rosli dan meninggalkan kata2 pakar yang lain? Adakah hanya che rosli yang di iktirafkan sebagai pakar di malaysia neh manakala yang lain bukan? Ya.. though dia dari pas tapi still kilang lynas bukan di bina di sebelah rumah dia.
Saintis, doktor, peguam, nurse atau apa sahaja mereka juga kerap kali berbeza pandangan sesama mereka. Tidak terkecuali pun dalam isu lynas. Pandangan che rosli tidak salah. Dia menyokong kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu kebaikan yang sainstis malaysia boleh dapat dari projek neh. Tapi dia lupa, nyawa manusia bukan bahan kajian.
Mungkin dia fikir jika kilang lynas di bina mengikuti spesifikasi yang ditetapkan, mematuhi semua protokol, mengikuti semua peraturan maka tiada apa2 yang akan berlaku. Tetapi dia sekali lagi terlupa bencana alam bukan sesuatu yang aku dan mana2 individu dapat kawal. Amek contoh mudah iaitu kapal terbang.
Manusia telah sedaya upaya membina kapal terbang sebaik yang mungkin agar tiada apa2 kerosakkan. Ini perlu bagi mengelakkan kemalangan. Kalau nak tahu protokol dan piawaian mereka sangat2 ketat. Tetapi tetap berlaku juga nahas kapal terbang samada kecuaian manusia ataupun tragedi alam.
Kenapa? Sebab ada sesuatu yang sebaik mana pun kita merancang, kita tidak boleh melawan sesuatu yang Allah swt rancang. Sama dalam kes lynas. Walaupun ia ada manfaat tetapi manfaat yang merisikokan nyawa manusia tidak sepatutnya jadi pertimbangan langsung.
Lynas neh selamat der. Jangan lah fikir negatif sangat.
Kalau ia sungguh selamat kenapa australia tidak bina di negara sendiri? Negara mereka lebih besar dan luas dari malaysia tapi kenapa malaysia? Kenapa negara2 lain yang lebih mahir dan maju tak bina? Contohnya jepun yang juga akan menjadi antara pelanggan utama lynas malaysia. Kenapa jepun tak bina sendiri? Kenapa negara2 lain tak bina? Sebab tiada rare earth kat tempat mereka? Kat australia yang ada rare earth pun bina di malaysia kenapa pula?
Jawapan nya mudah. Ia selamat hanya jika ia memenuhi spesifikasi. Ia selamat selagi tiada kebocoran. Ia selamat selagi dikendalikan dengan cekap dan teratur. Ia selamat selagi manusia dan mesin yang menguruskan pemprosesan rare earth neh tidak rosak, tidak cuai dan lalai. Adakah semua perkara2 neh bersifat kekal? Tidak. Sebab tue negara2 lain tak cukup bodoh untuk bina di negara mereka sendiri.
China yang terlebih dahulu bina kilang rare earth tue telah menghasilkan pelbagai disaster kepada rakyatnya sendiri. Tidak kah anda sedar? Aku of course bukan pakar tapi apakah penulisan neh boleh korang nafikan ia? Baca sini.
Faktor kewangan, pelaburan dan strategik perniagaan lah der..
Okey. Sekali lagi, untuk siapa orang kuantan taruhkan nyawa mereka? LYNAS? Siapa lynas? Apa kaitan nya dengan rakyat kuantan dan kerajaan? Apa keuntungan yang kita akan dapat setelah merisikokan nyawa disini? Perlu ada sesuatu yang kita patut terima bukan? Kalau hanya sainstis dan orang2 tertentu jek terima maka apa perlu seluruh rakyat kuantan pula menjadi taruhan? Nampak tak?
Ia mungkin mengurangkan beban lynas australia. Mungkin strategik bagi mereka. Mungkin keuntungan bagi mereka tapi apa pula yang kuantan dapat setelah merisikokan semua neh demi lynas australia? Apa?
Mereka tak dapat apa. Mereka hanya dapat ketakutan. Mereka hanya dapat kebimbangan. Mereka risau. Jika kita di tempat mereka, kita juga akan menghadapi perkara yang sama. Cakap memang senang. Ia selamat dan etc2. Okey, letakkan ia di sebelah rumah ko. Kenapa pula perlu letakkan ia di kawasan yang orang tak mahu?
Jika najib mahu, adnan mahu, penyokong2 umno mahu, che rosli mahu, orang yang belajar bidang neh mahu maka silalah suruh lynas buat kilang di sebelah rumah anda. Anda sendiri duduk dan tinggal di kawasan yang anda kata selamat. Jangan risikokan orang yang tak ingin terdedah dengan semua jenis bentuk ancaman neh. Kan tak adil disitu. Kenapa yang tidak menyokong perlu menerima risiko dan yang menyokong langsung tak mahu pula menerima risiko?
Dan tahu kah anda impak negatif daripada pembinaan kilang lynas neh? Harga rumah, tanah dan sekitar kuantan jatuh. Sapa nak duduk dekat kilang yang ada radiasi? Ko gila? Aku tak ingin. Malahan orang yang menyokong juga tak ingin. Macam mana pula orang yang tak menyokong boleh jadi ada ingin pula? Kesan penyakit. Siapa yang akan bayar kos perubatan jika mereka sakit? Kerajaan ? Orang yang menyokong? tv 3? BN? Che rosli? Sapa pun takmo. Tapi suruh orang pergi check doktor kalau terkena radiasi. Wahhh.. senang dan sedap betul bercakap seolah2 rakyat kuantan petik duit kat pokok dan amek neh doktor aku nak check radiasi ada ke takde. Kalau ada aku juga kena keluarkan duit aku untuk rawat diri aku sendiri. Siapa yang tolong dan bantu aku setelah aku bersusah payah membenarkan radiasi beroperasi di tempat aku? Sekali lagi. Tiada siapa yang sudi setelah memaksa rakyat kuantan berkorban, tiada sesiapa pun yang sudi tanggung risiko. Mereka2 yang kononnya hebat bercakap dan konon nya cerdik pandai juga tidak sudi amek risiko tetapi memaksa rakyat marhaen menanggung risiko? Dan sekali lagi rakyat menikam rakyat disini. Ia tidak begitu menyakitkan jika pemimpin yang menikam rakyat. Ini kerana kita tahu pemimpin lazim nya gila kuasa. Tetapi apa yang sakit dan apa yang membuatkan kita luka lebih dalam ialah apabila ada rakyat yang menyokong pemimpin untuk mengadaikan nyawa rakyat disini. Tahu kah anda apa itu pengkhianatan? Tengok cermin.

Source: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/kenapa-aku-ko-dan-kita-semua-perlu.html

1 comments: