Friday, March 27, 2009

XPDC DAKWAH UYE KE SABAH - jalan pulang & hebatnya PAS

Salam sahabat-sahabat,

Hari ini Jumaat 27 Mac 2009, al-HamduliLLah, saya sudah sampai di semenanjung(LCCT jam 10.00pagi). Macam biasalah naik Air Asia.

Saya pagi tadi keluar dari hotel Tabung Haji Kota KInabalu bersama Tuan Haji Pazilah(YDP Putatan) dan akhie Ramlan(YDP Sandakan) untuk ke airport Terminal 2 Kota Kinabalu.

Sepanjang XPDC Dakwah di Sabah, saya sangat berterima kasih kepada semua sahabat di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Kota KInabalu, oh ya terlupa.....termasuklah sahabat-sahabat di Kota Marudu(tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat uye kena tendang-tukar Ogos 2002). Terima kasih di atas layanan sahabat-sahabat. Terima kasih banyak-banyak kepada hj Muhammad PJ Sabah, ustaz Alias, cikgu Kadar, ustaz Zulhazmi, ustaz Nazri, saudara Ramlan, cikgu Wahid, haji Sumarman, haji Pazilah dan semua sahabat-sahabat yang tak dapat nak disenaraikan nama-nama mereka satu persatu.

Sesuatu yang sangat mahal dalam XPDC Dakwah Uye di Sabah ialah rata-rata rakyat Sabah yang ditemui meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepada PAS(Parti Islam SeMalaysia) untuk menyelamatkan negara Malaysia dan menerajui kepimpinan negeri dan negara. Ini sesuatu yang baru saya dapati di kawasan-kawasan yang saya kunjungi. Sangat tepat kalau PAS ditambahkan kerusi di Batu Sapi, Sepangar dan Putatan. Kepercayaan dan keyakinan rakyat Sabah kepada PAS sangat tinggi. Sambutan rakyat Sabah kepada PASTI(Pusat Asuhan Tunas Islam - bawah Dewan Pemuda PAS) sangat menggalakkan bahkan di setengah-setengah kawasan lebih baik daripada di semenanjung.

insyaALLAH, ada waktu dan peluang saya akan ke Sabah lagi. tk..

2 comments:

  1. salam ustaz.

    ana ada buat laporan sikit utk kuliah ust di surau tmn austral. klu ada kesilapan harap ust dapat perbetulkan. syukran ust.

    ust bleh tgk di blog ana;
    STAY ALiVE 2:154
    http://inksensei.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,ustaz sy nak mintak pendapat ustaz ckit,sy lepas stpm,jadi sy ingat sy nk mendalami islam jd boleh tak ustaz bg cadangan kat mana paling sesuai utk sy mendalami islam,kalau boleh dalam pahang la,seselum sy melanjutkanpelajaran ke ipt dlm bln 12,

    ustaz email ja cadangan ustaz kat shaz89_sufi@yahoo.com

    syukran

    ReplyDelete