Friday, March 13, 2009

SAYANGI ALLAH, RASULULLAH DAN KAWAN.....pasti terasa 'manisnya' IMAN @2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bagaimana kita nak mendapatkan 'halawah iman-kemanisan iman'?
Kalau dah dapat kemanisan iman, segala yang kita buat terasa seronok dan nikmat. Yang berat terasa ringan, yang jauh rasa dekat.

Harus difahami bahawa kemanisan iman tidak diperolehi tanpa usaha dan kerja keras.

CINTAKAN ALLAH DAN RASUL
i. ALLAH dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, ertinya mencintai ALLAH subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada orang lain seperti ibubapa, anak, diri sendiri dan semua orang.

حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ عَبْدٌ وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ الْوَارِثِ الرَّجُلُ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ *
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang itu tidak boleh dikatakan beriman dan mengikut Hadith Abdul Warith seorang Lelaki ; sehinggalah Aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan manusia seluruhnya *

Iman kepada ALLAH menjadikan kita memiliki rasa ‘manis’ yang tidak mungkin dinikmati kecuali oleh orang-orang yang beriman dengan sebenarnya-benarnya; dengan ciri-ciri dan sifat-sifat iman yang layak sebagai ahlinya. Oleh karena itu, tidak semua orang yang menyatakan dirinya mukmin otomatik dapat merasakan manisnya iman itu.

CARA MEMUPUK CINTA PADA ALLAH
A- Membaca al-Qur'an dengan merenung, mentadabbur dan memahami maknanya.
B- Mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan solat berjemaah.
C- Sentiasa berzikir kepada ALLAH(zikruLlah) dalam segala keadaan, baik dengan hati, lisan dan perbuatan.
D- Mendahulukan apa yang dicintai ALLAH berbanding apa yang dicintai diri sendiri.
E- Bersahabat dengan orang-orang yang jujur mencintai ALLAH dan sesama muslim.
F- Menjauhi segala perkara yang dapat mendinding antara hati dengan ALLAH.

CARA MEMUPUK CINTA PADA NABI saw
A- Beriman bahawa Baginda saw adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan kabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan membawa cahaya yang terang benderang.
B- Bercita-cita untuk bertemu dengan Baginda saw dan khawatir jika tidak dapat bertemuNya.
C- Menjalankan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan beliau, kerana orang yang mencintai seseorang, maka akan mentaatinya.
D- Menolong sunnahnya, mengamalkan, menyebarkan, membela dan memper- juangkannya.
E- Banyak bersalawat dan bersalam kepada Rasulullah saw.
F- Berakhlaq dengan akhlaq Baginda saw dan beradab dengan adab-adabNya.
G- Mencintai sahabat-sahabat beliau dan membela mereka.
H- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah beliau serta mengetahui keadaan dan berita-berita yang berhubungkait beliau.

CINTAI SESEORANG KERANA ALLAH .......... bersambung

No comments:

Post a Comment