APAKAH KEWAJIBAN KITA TERHADAP RASULULLAH SAW?
1.Beriman Kepada RasuluLlah saw
•Iman kepada para rasul merupakan salah satu rukun iman yang harus diyakini oleh setiap muslim. Begitulah kepada Nabi saw.
"Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya(al-Qur'an) yang telah Kami turunkan, Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (AT-TAGHABUN= 8). Termasuk iman kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah membenarkan dengan tanpa keraguan bahawa risalah dan kenabiannya adalah haq/benar dari ALlah subhanahu wata'ala, dan mengamalkan segala tuntutannya. Membenarkan semua ajaran yang beliau bawa, dan yakin bahawa semua berita dari ALlah yang beliau sampaikan adalah benar.
2. Meyakini Kepimpinan Nabi saw.
Menyakini bahawa RasuluLlah saw sebagai insan dan pemimpin yang paling agung, paling mulia dan paling berjasa di antara seluruh para Nabi dan pemimpin sejak zaman Nabi Adam as hingga manusia yang terakhir di dunia.
Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia dalam bukunya (THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY). Antara lain beliau menyebut:
(My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels)
........ bersambung
No comments:
Post a Comment