Saturday, March 21, 2009

MENUNGGU DI LCCT, bagaimana di mahsyar???

Assalamu'alaikum kawan-kawan.

20 Mac jam 10 malam aku menaiki bas Transnasional menuju ke Kuala LUmpur untuk ke Sabah. Aku tiba di Hentian Bas Intrakota Gombak pada jam 1.30pagi. Setengah jam kemudian sahabat aku, Alwy Andy(bekas su pas Sandakan) bersama isterinya membawa aku ke KL Sentral. Dari KL Sentral jam 3.30pagi aku menaiki bas ke LCCT(Air ASia), tiba di sana jam 4.30pagi.

Setiba di LCCT aku mendapati ramai penumpang yang sedang menunggu untuk daftar masuk ke destinasi masing-masing, flight aku ke Tawau jam 7.20pagi. Di LCCT aku sempat bertemu dengan ustaz Jamsari Pengarah Amal Malaysia. Beliau ke Kota Kinabalu untuk menghadiri Jambori Amal Sabah di Keningau.

Apa yang aku nak utarakan di sini ialah ramai yang baring, tidur dan melepak sementara tunggu masa untuk check in dan berlepas ke destinasi masing-masing. Bayangkan sampai tertidur dan tidur(lihat foto). Itu baru dua atau tiga jam. Cuba fikirkan, BAGAIMANA KITA HENDAK MENUNGGU PERBICARAAN DI MAHKAMAH AGUNG di bumi Mahsyar nanti. Tentulah memakan masa ribuan tahun untuk membicarakan setiap seorang manusia. Manusia beribu juta sejak Adam as hingga dunia kiamat, lapar, dahaga, panas, kesengsaraan. Maka ingat-ingatlah nasib kita di akhirat. Jangan hanya memikirkan 'kesenangan' di dunia yang sementara sahaja.

sekian tk..

1 comments: