Friday, March 6, 2009

RASULULLAH saw - Kewajiban terhadap Nabi saw @siri 4

4. Menjaga nama baik dan kemuliaan RasuluLlah saw keluarga & sahabat Nabi saw.
-Jangan biarkan musuh menghina dan merendah-rendahkan Nabi saw, keluarga dan para sahabatNya.
-Jangan menyakiti hati RasuluLlah saw samada dengan perkataan, perbuatan dan sindiran.
- Hendaklah mencintai dan mempertahankan keluarga (Ahlu al-Bait) dan para sahabat RasuluLlah saw.

5. Memperbanyakkan selawat ke atas RasuluLlah saw
{Sesungguhnya ALlah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. } al-Ahzab : 56

6. Menghidupkan sunnah Nabi saw menegakkan syariatNya serta berjuang-berkorban untuknya.
-Mengamalkan sunnah (perkataan, perbuatan dan pengakuan) Baginda saw.
-Sunnah RasuluLlah saw ada yang wajib dan sunat. Umpamanya menunaikan solat fardhu secara berjama’ah adalah sunat. Menunaikan solat adalah wajib. Berjudi adalah haram. Begitulah yang lain-lainnya hendaklah berpandukan hukum yang telah diturunkan oleh ALlah kepada Nabi Muhammad saw.

-Menyampai dan berusaha menegakkan ajaran RasuluLlah saw. Sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa untuk jihad fi sabiliLlah.
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.} An-Nisa’ 65
Sesudah itu, patutkah mereka ber-kehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada ALLAH. } Al-Maidah 50

Oleh itu marilah kita bersama-sama bergandingan bahu menegakkan Islam sebagai ad-Dien( الدِّين) dan ad-Daulah(الدَّولة ) sebagaimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kita hendaklah sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan segala-galanya untuk membuktikan tanda cinta dan kasih kita kepada RasuluLlah saw. tk..

2 comments:

  1. Salam ziarah,blog yang menarik,semoga Allah istiqomah kita dalam apa juga urusan..jemput muzakarah di blog saya..dan sila add blog saya..tq

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah, saya ni murid Ustaz masa sekolah menengah dulu. :) Suka cakap English. Seronok terjumpa blog Ustaz. Selamat Menyambut Maulidur Rasul, dan semoga hidup Ustaz sekeluarga di dalam keberkatan dan lindungan Allah selalu.

    ReplyDelete