Thursday, March 12, 2009

SAYANGI ALLAH, RASULULLAH DAN KAWAN.....pasti terasa 'manisnya' IMAN @1

Salam teman-teman yang dikasihi,
- حَلاوَةُ الإِيمَانِ Kemanisan Iman........ia hanya akan dirasai oleh jiwa-jiwa dan hati yang sentiasa meletakkan kecintaan kepada ALlah dan RasulNYA yang paling tinggi. Kecintaan yang mengatasi seluruh kecintaan yang lain samada kepada anak isteri, mak ayah, harta, pangkat dan manusia lain. Fahami pesanan Nabi saw;

حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memper-olehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari-pada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih)

Jika tiga perkara itu ada pada seseorang maka dia akan merasai manisnya iman.
Maksud manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada ALLAH, tenang hati dan lapang dada. Iaitu:
1.Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih daripada selain keduanya.
2.Mencintai seorang hanya kerana ALLAH.
3.Tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

•Manisnya buah akan didapat ketika buah sudah matang, dan puncak dari rasa manis itu adalah bila buah telah masak total, maka ketika itulah akan terasa manisnya buah tersebut. Maka begitulah iman itu bila sampai di puncaknya akan membuah kemanisan.

Merasai halawah iman-kemanisan iman bukanlah bermakna kita tidak letih dan susah, kita tidak perlu berkorban masa, tenaga dan harta. Bahkan kemanisan iman itulah yang akan mendorong kita untuk sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan apa yang kita ada DEMI kerana memburu kecintaan kita kepada ALlah dan Rasul. Begitu juga kecintaan kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama bersususah payah kerana menyahut panggilan "jihad" daripada ALlah dan Rasul. Termasuklah cinta yang sangat tinggi kepada Islam, dalam masa yang sama benci kepada kekufuran. Bencikan kekufuran dan sayangkan Islam akan mendorong kita untuk terus BEKERJA UNTUK ISLAM walaupun terpaksa berkorban apa sahaja yang kita ada.
............bersambung

No comments:

Post a Comment