Wednesday, March 25, 2009

XPDC DAKWAH UYE KE SABAH - jalan darat & udara

Salam sahabat-sahabat,

Syukur kerana ALlah masih memberi kesihatan dan kekuatan kepada saya untuk meneruskan XPDC Dakwah di bumi Sabah.

Hari ini 25 Mac 2009(selasa), jam 8.45 tadi saya baru 'landing' di Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia. Naik Air Asia murah sikit berbanding Mas.

Semalam saya di Sandakan. Saya tiba di Sandakan jam 9.00pagi bersama akhie Zaidi. Kami bertolak dari Kinabatangan(75km dari Sandakan) menaiki 4WD mengambil masa lebih kurang 1jam 15 minit. Kami guna jalan darat, jalan udara tiada.

Di Sandakan sebagaimana di kawasan lain aktiviti saya adalah bertemu dengan sahabat-sahabat sejemaah. Malamnya menyampaikan Kuliah Maghrib di masjid Nur as-Syakirin di bandar Sandakan. Seronok saya bertemu dengan sahabat-sahabat di Sandakan seperti abang Hamzah TPJ Sabah, Saha, cikgu Wahid dan lain-lain.


Petang nanti saya akan ke Kota Marudu, insyaALlah.
tk..

1 comments:

  1. salam,

    selamat datang ke sabah.
    gambar signboard tu depan masjid al ghafar dekat bukit garam ke.

    saya pun ada ambik gambar signboard tu baru 2 hari lepas.

    nampak klasik.

    ReplyDelete