Assalamu'alaikum
Dah teruk negara Malaysia, daripada rakyat bawahan hingga pimpinan atasan bergelumang dengan rasuah. Tidak terkecuali dalam pemilihan ahlijawatankuasa dan pimpinan parti politik. Pada mereka menang ketua bahagian adalah segala-galanya. Kalau dapat jawatan tertentu melalui rasuah maka sudah tentu dia akan meneruskannya untuk mendapatkan semula 'wang' yang sekian banyak telah dihabiskan. Bagaimana pemimpin sebegini boleh bercakap soal integriti(jujur, amanah dan telus)? Mereka bercakap soal integriti hanya sewaktu majlis resmi sahaja, itupun lain di mulut lain di hati. Inilah watak-watak Firaun, Haman dan Qarun.
Khutbah JAKIM
Mari kita melihat apa yang dinyatakan dalam khutbah Jumaat JAKIM pada 6hb Mac yang bertajuk “INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN RASULULLAH saw". Antaranya:
•Selain Abu Jahal, al-Qur'an juga menyebut beberapa watak kepimpinan korup yang tidak berintegriti sehingga merosakkan negara, menyusahkan rakyat, memecah belahkan masyarakat dll. Watak itu ialah Fir'aun, Haman, dan Qarun.
Fir'aun = pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuhnya sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan .
Haman = menteri yg berlegar mengelilingi Fir'aun menjalankan tugas ampu-mengampu untuk mem-perkukuhkan kekuasaan Fir'aun.
Qarun = tokoh korporat yang mem-bantu pemerintah dgn kewangan-nya dgn harapan mengaut habuan lebih besar tanpa mempedulikan penderitaan orang ramai.
Mereka(Firaun, Haman dan Qarun) saling merasuah antara satu sama lain.
عن معاذ بن جبل رضى الله عنه قال: سمعتُ رسول الله (ص) يقول: خذوا العطاءَ ما دام عطاءًا فإذا صار رَشْوَةً فى الدين فلا تأخذوه ولستم بتاركيه يمنعكمُ الفقرُ والحاجةُ – رواه الطبراني
Daripada Mu’az bin Jabal ra berkata, aku telah mendengar RasuluLlah saw bersabda, “Ambillah pemberian selama mana ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi RASUAH dalam pandangan agama MAKA jangan kamu mengambilnya, namun kenyataannya kamu tidak akan meninggalkannya(rasuah) kerana takut fakir dan berhajat sangat mengambilnya”.
•Akhir zaman rasuah menjadi-jadi.
•Wang berkuasa membeli pangkat dan kedudukan.
•Wang untuk mendapat kemudahan dari pihak berkuasa dan berpangkat.
•Wang menjadi Tuhan bagi orang yang tamak dan rakus.
•MAKA bermaharajalelalah kezaliman dan penindasan…..kebenaran dan keadilan diukur dengan wang. Si kecil ditindas manakala si besar menindas.
Islam Mengharamkan Rasuah
Pengertian Rasuah
Rasuah ialah wang sogokan atau memberi sesuatu yang berfaedah kepada seseorang secara jujur dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu.
Larangan Rasuah
Perbuatan rasuah adalah dilarang kerana:
i. Merampas hak orang lain dengan cara tidak betul.
ii. Melahirkan individu yang bersifat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan
kepentingan orang lain.
iii. Melahirkan individu yang tidak amanah, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja.
iv. Menimbulkan permusuhan dalam kehidupan masyarakat.
v. Menggalakkan seseorang memperolehi harta kekayaan dengan cara yang senang tetapi tidak betul dan dilarang oleh Allah S.W.T.
vi. Menyebabkan golongan kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin
papa.
Firman Allah yang bermaksud: " Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).". Surah Al-Baqarah : ayat 188
Larangan Rasuah Oleh Nabi saw.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan memberi peringatan kepada mereka yang melakukan perbuatan rasuah dalam hadisnya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Daripada Abdullah bin Amr katanya : "Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah".
Dalam hadis tersebut diterangkan semua orang yang terlibat dengan rasuah dilaknat oleh Allah S.W.T. sama ada pemberi dan penerima. Ini tidak terkecuali orang yang menyaksikannya perbuatan tersebut.
Kesan-Kesan Rasuah
Antara Kesan-kesan perbuatan rasuah termasuklah:
i. Ekonomi negara akan dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.
ii. Menimbulkan pergaduhan dalam masyarakat.
iii. Menggalakkan manusia memperolehi harta dengan cara yang tidak betul dan dilarang oleh Islam.
iv. Melahirkan masyarakat yang tamak dan sanggup merampas hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
v. Mewujudkan dua golongan manusia iaitu golongan yang kaya dan golongan yang miskin.
Faktor-Faktor Rasuah
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah seperti:
i. Terpengaruh dengan kemewahan hidup di dunia.
ii. Tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.
iii. Pendapatan yang sedikit dan kesempitan hidup.
iv. Hendak menjadi kaya dengan cara yang senang tanpa bersusah payah seperti orang lain.
v. Bersikap mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.
Langkah-Langkah Mengatasi Rasuah
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk membasmi perbuatan rasuah termasuklah:
i. Mempertingkatkan syiar Islam dalam semua aspek kehidupan manusia.
ii. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang melakukan perbuatan rasuah tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan.
iii. Menambah gaji (upah) setiap pekerja yang berpendapatan rendah.
iv. Kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kejadian rasuah kepada pihak berkuasa.
v. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keburukan yang diterima oleh individu dan masyarakat akibat perbuatan tersebut.
sekian. tk

Firman Allah s.w.t : an-Nisa’ :69-70
ReplyDelete"dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat)".
Salam ziarah dari saya,sebuah blog yang menarik,gaya penulisan yang bagus serta banyak info-info yang berguna boleh didapati,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa,jadikan blog saya sebagai rakan blog anda..jazakallah.