Teman-teman yang dikasihi.
Pagi ini(15 Mac 2009) saya menyampaikan Kuliah Subuh di surau al-Ansor, Bandar Tun Hussein Onn(BTHO) Cheras. Tajuk khusus tak ada, cuma adalah menyentuh tentang kewafatan Nabi saw.
Bila tiba 12 Rabi'ul Awal orang Melayu akan menyambut kelahiran Muhammad saw(maulid ar-Rasul) tetapi sangat jarang atau hampit tiada yang menyebut tentang kewafatan Nabi saw. Kelahiran Nabi saw tidaklah menimbulkan apa-apa peristiwa yang tragis/yang menyedihkan. Tetapi kewafatan Nabi saw meninggalkan peristiwa sedih seperti berlakunya kemurtadan dan lahirnya Nabi-nabi palsu.
Gambaran awal kewafatan Nabi saw tersirat dalam ayat berikut:
{… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…..} al-Maidah : 3
Para sahabat sangat bimbang jika Nabi saw wafat, siapakah yang akan membimbing dan memberi nasihat kepada mereka. Jawab Nabi saw bahawa ditinggalkan kepada sahabat-sahabatnya dua penasihat. Satunya yang berkata-kata dan yang keduanya diam.
Yang berkata-kata itu ialah al-Quran dan yang diam ialah maut.
Ada yang menyatakan Nabi saw wafat pada tengahari hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal di ketika berumur 63 tahun.
Kewafatan Nabi saw telah menjadikan sebahagian umat Islam menjadi murtad yakni keluar daripada Islam.
Apabila disahkan kematian Nabi saw maka berlakulah suasana celaru. Umat Islam khususnya para sahabat menangis, tangisan kedengaran di mana-nama. Sayyiduna Umar mengangkat pedang untuk membunuh siapa sahaja yang mengatakan Muhammad telah mati(seolah-olah Umar hilang pertimbangan).

Dalam susana gawat itu datangnya Abu Bakar yang membuat ucapan,
من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات ومن كان يعبد الله فإن الله حي لايموت
"Sesungguhnya barangsiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad sudah mati TETAPI barangsiapa yang menyembah ALlah sesungguhnya ALlah itu hidup dan tidak akan mati "-

"Yang kita sembah ialah ALLah, bukannya Muhammad saw.
Yang kita abdikan diri ialah kepada ALlah manakala yang kita ikut ialah Muhammad saw.
Benarlah firman ALlah,
Sekian. tk..
No comments:
Post a Comment