Tuesday, March 10, 2009

RASULULLAH SAW MANUSIA TERPILIH

al-HamduliLlah syukur kepada ALlah kerana ditakdirkan lain sebagai seorang muslim. Andainya kita dilahirkan dalam keluarga India atau Cina.....entahlah apa status agama kita. Oleh itu jagalah baik-baik kurniaan ALlah yang besar ini.

Marilah kita menjadikan RasuluLlah saw sebagai "uswah hasanah-contoh ikutan yang baik" dalam melayari bahtera kehidupan ini. RasuluLlah saw adalah manusia terpilih yang menjadi pilihan ALlah untuk menjadi "model hidup" kepada kita.

Mari kita melihat penyataan ALlah mengenai insan terpilih ini;
” Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.) yang menjadi sangat berat kepadaNya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu. Sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad) "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku). Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar." Surah At-Taubah : ayat 128-129

Manusia tidaklah ditinggalkan di dunia tanpa bimbingan dan petunjuk. ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah mengutuskan para rasul supaya;
a.Supaya manusia dapat mempelajari cara hidup yang sempurna dan diredhai oleh Allah.
b. Supaya menunjukkan manusia aqidah tauhid yang betul dengan ALLah.
c.Supaya manusia dapat mempelajari cara beribadat yang betul kepada Allah.
d.Supaya manusia mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia serta tinggi rohaninya.

Begitu juga ALlah mengutus para Rasul dari kalangan mereka sendiri yakni dari kalangan rumpun manusia. Tidak dari kalangan jin atau malaikat. Tujuan Rasul dipilih dari kalangan manusia kerana;
@Kerana manusia lebih mengetahui selok-belok dan kehendak sesama manusia.
@Untuk memudahkan perhubungan dan berinteraksi di antara rasul-rasul dengan manusia.
@Supaya mudah mendapat contoh dan teladan daripada Rasul.

Rasul-rasul utusan ALLah pula dibekalkan dengan beberapa sifat yang wajib ada pada Rasul seperti i.Siddiq (benar) ii.Amanah dalam menyampaikan ajaran Allah kepada umat manusia. iii.tabligh (Menyampaikan) segala perintah Allah.
iv. fatanah(Bijaksana) sebagai pemimpin manusia.

Tanpa sifat-sifat yang tersebut di atas 'tugas nubuwwah-kenabian' tidak akan dapat dilaksanakan. Manakala manusia/orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap para Nabi dan Rasul.

ALlah swt juga menguatkan para Nabi dengan dua perkara besar iaitu "mukjizat" dan "maksum".
Rasul-rasul diberikan mukjizat (perkara luarbiasa).
i. untuk membuktikan Rasulullah s.a.w. adalah pesuruh Allah S.W.T.
ii. sebagai senjata untuk melawan pihak musuh.
iii. untuk menarik orang ramai kepada ajaran agama Islam.

Manakala rasul-rasul bersifat maksum (terpelihara daripada maksiat) untuk;
i- untuk menjaga kewibawaan Rasulullah s.a.w. sebagai pesuruh Allah S.W.T.
ii- untuk dijadikan contoh teladan kepada masyarakat umum.

Di antara semua Rasul maka Nabi Muhammad RasuluLlah saw yang yang paling hebat lagi terpilih KERANA;
1.Ajaran Baginda merangkumi semua ajaran nabi terdahulu.
2.Untuk semua manusia dan jin.
3.Syariatnya memansukhkan syariat nabi terdahulu.
4.Ajarannya lengkap dan sempurna(syumul).
5.Ditambahi pula dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kepimpinan RasuluLLah saw
a- Sangat kasih dan sayangkan orang yang beriman.
b- Memiliki akhlak dan budipekerti yang sangat mulia.
c- Bersifat pemaaf dan penyabar.
d- Berani menegakkan kebenaran.
e- Sangat mengharapkan kebaikan kepada umatnya.
Moga-moga kita dapat dan mampu mencontohi "akhlak, perjuangan, kepimpinan dan segala-gala" daripada RasuluLlah saw. tk..

No comments:

Post a Comment