3. Taat dan Cintakan RasuluLlah saw
Orang mukmin wajib mentaati dan mencintai Nabi saw lebih daripada yang lain DAN Sentiasa mendahulukan ALlah dan Rasul dalam kehidupannya.(Ittiba')
{Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pe-ngampun, lagi Maha Mengasihani. Kata-kanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.} Aali Imran 31-32{Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang ber-kuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (ber-selisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.} Aali Imran 59
TERTIB KETAATANKetaatan kepada ALlah adalah mutlak. Ketaatan kepada Rasul adalah mutlak. Adapun ketaatan kepada manusia termasuk pemimpin adalah bersyarat. Syaratnya ialah tidak mencanggahi atau berlawanan dengan ALlah dan RasulNYA. Haram mentaati makhluk dalam perkara yang memaksiati Khaliq(ALlah).
Lihatlah tertib yang kita baca dalam tasyahud solat;
1.Taat ALlah - التحيات
2. Taat Rasul - السلام عليك
3. Pemimpin atau siapa sahaja yang taatkan ALlah dan RasulNYA – السلام علينا
CINTA KEPADA RASULULLAH ADALAH CINTA TERTINGGI
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ عَبْدٌ وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ الْوَارِثِ الرَّجُلُ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ *
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang itu tidak boleh dikatakan beriman dan mengikut Hadith Abdul Warith seorang Lelaki ; sehinggalah Aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan manusia seluruhnya *
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). AT-TAUBAH=24
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memper-olehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih) ........ bersambung
No comments:
Post a Comment