Thursday, September 4, 2008

SUBUH KAT MANA? TARAWIH KAT MANA?

Assalamu'alaikum teman-teman.

Malam tadi tarawih kat mana?
Kat masjidlah atau kat surau, "mana boleh kat rumah, tak real".
"Baguslah gitu......tarawih kena berjamaah, jangan tak berjamaah".

Pagi tadi Subuh kat mana?
Kat masjid? Kat surau? atau kat rumah!
"Yang nie, payah sikit nak jawab".

Jadi, kita masuk kategori mana?

Antara kesilapan besar orang yang berpuasa Ramadhan (saya dah sebut bulan Ogos dulu) ialah
المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Tarawih.

Mari kita lihat kenyataan dan pekeliling SOLAT FARDU BERJAMA'AH (lebih-lebih lagi Subuh)yang dinyatakan oleh RasuluLlah saw:

1. Sabda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:

صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً
"Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat". Menurut riwayat yang lain: "dua puluh lima darjat". Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain

ORANG BIJAK memilih-cari keuntungan RM25 atau RM27 sekali kerja, yang pilih RM1 tu orang jahil.

2. Berpesan Nabi saw kepada si Buta.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang buta (Ibnu Ummi Maktum) telah datang kepada Rasullullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tiada bagiku pemandu arah yang memandu aku ke Masjid (untuk menunaikan solat fardhu berjama`ah). Kemudian dia meminta Rasullullah s.a.w. melonggarkan tanggungan (solat berjamaah) baginya.
Maka setelah dia berpaling untuk pergi, dipanggilnya oleh Rasul­ullah s.a.w. dengan bersabda kepadanya:

هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَـمْ. قَالَ : فَأَجِبْ"
Adakah engkau mendengar panggilan (azan)?" Maka jawabnya: "Ya". Maka sabda(nya): "Jawablah (yakni tunaikanlah secara berjamaah)." Riwayat Muslim dan Al-Nasa'iyy.

KITA JANGANLAH "BUTA HATI"........orang buta mata ke masjid.

3. Baginda saw mengingatkan ORANG YANG SUKA TIDUR;

Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:
وَلَقَدْ رَأيْتُنَـا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلاةِ إلا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاْقُهُ أوْ مَرِيْضٌ. إنْ كَانَ المَرِيْضُ لَيَمْشِى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّىْ يَأْتِى الصَّلاةَ. وَقَاْلَ: أنَّ رَسُوْلَ الله (ص) عَلَّمَنَا سُنَنَ الهُدَىْ، وَإنَّ مِنْ سُنَنَ الُهدَىْ الصَّلاةُ فِىْ المَسْجِدِ الذِى يُوْءذَنُ فِيْهِ.
"Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit dia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki se­hingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian dia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya." Riwayat Muslim dan Abu Daud.

# Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasullullah s.a.w.,:

أثْقَـلُ صَـلاةٍ عَلَى المُنَـافِقِيْنَ صَـلاةُ العِشَـْاءِ وَصَـلاةُ الفَجْرِ.وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا َلأتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّـلاةِ فَتُقَـامُ ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أنْطَلِقُ مَعِى بِرِجَالً مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حُطَبٌ إلَى قَوْمٍ لا يَشْهِدُوْنَ الصَّلاةَ فَأُحْرِقُ بُيُوْتَهُمْ.

"Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya' dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunainya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat). Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjamaah dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama beberapa berkas kayu api untuk menemui mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (dengan berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka." Diriwayatkan oleh Periwayat Al-Sittah (yang enam) - Imam Al-Bukhariyy, Muslim, Malik, Abu Daud, Al-Tarmiziyy dan Al-Nasa'iyy.


KALAU ORANG KATA KITA MUNAFIK......mahu kita mencekik dan membunuhnya serta membakar rumahnya. Tidak ada manusia yang paling jahat melainkan orang munafik.


4. Muhammad saw memberi warning kepada YANG ADA TELINGA;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ.
"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit” Diterbitkan oleh Abu Daud.

Ya ALLah! Jadikanlah kami serta anak-anak kami orang-orang yang mendengar ucapan-perkataan kemudian mengikut yang terbaik dan beramal dengannya.

1 comments:

  1. TMBAHN SEDIKIT;
    SEMBAHYANG FARDHU BERJAMAAH ADALAH LBH AFDHOL DARI SEMBAHYANG TARAWIH BERJAMAAH.
    AMALAN FARDHU LBH DIKASIHI ALLAH BERBANDING AMALAN SUNAT.

    SAJA JER NAK TAMBAH UTK PRINGATAN SMUA MUSLIMIN MUSLIMAT
    SEKIAN

    ReplyDelete