Hari ini hari ketiga kita berpuasa.
Seawal jam 9 pagi saya ke bandar Kuantan kerana urusan jualan kerepek pisang. On the way saya telah menghubungi ustaz Sharudin(bekas YDP saya di Kota Marudu), sempat sms pada kawan lain tentang pembekal kurma.
@Foto orang mati ketika
sujud ........Entah tak semena-mena, tiba-tiba handset saya yang baru berusia 9 bulan gelap cerah, cerah gelap......akhirnya gelap terus. Dunia hubungan udara handset gelap di alam barzakh selama 7 jam.
Pukul 3.45 petang saya ke Kuantan Parade membeli handset baru. Harganya rm120 sahaja. Yang susahnya ialah semua nombor-nombor kawan-kawan hilang kecuali yang dalam sim card. So kawan-kawan hendaklah tulis nama bila sms kat saya.
HANDSET MATI TIBA-TIBA.........MAKA BEGITULAH KEMATIAN KITA. Ajal kematian tidak terduga.
Mengingati Mati
Kalau nak jadi baik dan kuat beramal kita hendaklah kita sentiasa mengingati mati.
Sabda Nabi saw,
أكثروا من ذكر هاذم اللذات
[ Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan kelazatan (maut) ] riwayat al Baihaqi .
Hadith di atas telah dijelaskan oleh satu sabda nabi saw yg lain dari riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, ibn majah dan al Hakam.
“Banyakkanlah olah kamu akan mengingati sesuatu yg menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”
Kita hendaklah sentiasa bersedia dengan bekalan untuk negeri akhirat, hidup selepan mati. Sentiasalah berada dalam keadaan taat kepada ALlah dan menjauhi maksiat kerana kita tidak tahu bilakah ajal kematian kita.
Perkara yang menyebabkan kita lupa diri dan lalai drpd mengingati mati:
1.Panjang angan angan (yg tidak memberi manfaat dunia akhirat)
2.kasihkan dunia (pangkat, harta, perempuan dll) yang tidak ditapis dan dipandu mengikut perintah ALlah dan Rasul.
Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain, sudah tentu kita perlukan persediaan, bekalan,
kita tidak berniat atau leka untuk terus menetap di situ sebab kita sedang dlm perjalanan.
Kita tidak mengambil semua yang ada di sinu......sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan dan membawanya bersama. Seorang musafir hanya perlu kepada benda-benda yang penting yang tidak menyusahkan perjalanannya dan menganggu perjalananya.
Begitulah kita dalam perjalanan-musafir bertemu ALlah.
Hidup di dunia umpama acara-acara dan peristiwa yang kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuk melalui peristiwa-peristiwa itu, kerana masanya yang singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.
Jadi jangan bertangguh lagi.
Ibn Umar radiallahu anhuma berkata:
“jika engkau melalui waktu petang maka janganlah menunggu hingga waktu pagi. jika kamu melalui pagi, janganlah menunggu hingga waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum masa sakitmu. waktu hidupmu sebelum masa matimu.”
Kejahilan tentang hakikat kehidupan,
dari mana kita datang?
kenapa didatangkan ke dunia ini?,
ke mana kesudahan kita?
kejahilan tentang nilai dunia yang akan ditinggalkan berbanding akhirat tempat kembalinya yg abadi..............MENYEBABKAN KITA TERUS TENGGELAM DALAM ARUS DUNIA DAN NAFSU JAHAT TANPA INGAT PADA MATI.
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment