Sunday, September 7, 2008

AMBIL KEDUA-DUANYA SEKALI

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

Moga-moga kita semua berada dalam payung rahmat-kasihsayang ALlah.

Islam adalah agama yang lengkap. Ianya lengkap kerana datangnya daripada ALlah swt Yang Maha Mencipta.
إنَّ الدِّين عند الله الإسلام
Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi ALLAH ialah Islam. (Aali Imran:19)
Janganlah memilih Islam mengikut selera kita sendiri, rasa sesuai ambik, bila bercanggah dengan hawa nafsu tinggal.

Ambillah Islam kedua-duanya sekali;

1. DUNIA DAN AKHIRAT


رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka“ AL-BAQARAH=201.

Ambil dunia, tinggal akhirat adalah salah. Ambik akhirat, tinggal duniapun salah.

"Dunia ini habuan orang kafir, kita ambil ala kadar sahaja". Ini adalah ucapan yang salah.

Orang Islam hendaklah mencari kesenangan hidup di dunia tanpa mengabaikan akhirat. Kita kena ada rumah, kereta dan lain-lain. Yang pentingnya, semua itu diperolehi secara yang halal dan diredhai ALlah Ta'ala.

2. PUASA DAN KUASA
Kita wajib berPUASA kerana mengikut perintah ALlah dalam surah al-Baqarah ayat 183. Kita juga wajib melaksanakan QISAS kerana mengikut perintah ALlah dalam surah al-Baqarah ayat 178.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. AL-BAQARAH=183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan menjalankan hukuman "Qisas" dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh…. AL-BAQARAH=178

Puasa boleh dilaksanakan tanpa adanya kerajaan.
Qisas termasuk hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa adanya kerajaan.

Oleh kerana itu umat Islam bukan sahaja wajib berpuasa bahkan wajib juga mendapatkan kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum ALlah.

3. ‘AQIDAH DAN SYARI’AH


4. DUA JENIS PUASA

Rupa Puasa ialah menahan diri daripada makan minum, berjimak dan perkara yang membatal-kan puasa dari terbit fajar sodiq hingga terbenam matahari.

Ruh Puasa ialah menahan diri daripada segala jenis dosa dan larangan ALlah. Sebaliknya sentiasa mengerjakan yang fardu dan wajib.

Inilah bentuk puasa yang dikehendaki oleh ALlah. Puasa yang akan melahirkan insan yang bertaqwa.

- bersambung. Sekarang nak rehat sekejap :)

4. DUA BATALKAN PUASA

Bila berpuasa jagalah supaya jangan batal. Jagalah daripada BATAL PUASA dan BATAL PAHALA PUASA. Barulah puasa kita diterima oleh ALlah.

a)Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan minum (المفطرات الحسية )

b)Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa bercakap kotor (المفطرات المعنوية )

6. DUA JENIS ZAKAT

Kita hendaklah mengeluarkan kedua-dua jenis zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Iaitu
Zakat Badaniah بَدنية – Zakat Fitrah(فطرة) dan Zakat Maaliah مالية – Zakat Harta.

6. BERKORBAN HARTA DAN NYAWA.

Semua kita nak masuk syurga. Syurga Tuhan bukannya percuma. Kita wajib berjuang-berjihad dengan harta dan nyawa(tenaga) demi menegak dan mempertahankan Islam. Menegakkannya sekiranya hukum ALlah belum didaulatkan, mempertahankannya sekiranya hukum ALlah telah didaulatkan.

7. SUCI ZAHIR الطهارةالظاهرية DAN BATIN الطهارة الباطنية.
Lakukanlah semua amalan dengan baik.....suci daripada najis serta suci hati dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana ALlah.

SUCI ZAHIR :

a)Taharah Qubuth (najis) dengan cara menghilangkan najis pada pakaian, badan dan tempat solat dengan menggunakan air atau alatan bersuci.
b)Taharah Hadath (hadas) dengan cara menghilangkan hadas kecil atau besar dengan wudhuk atau mandi atau bertayammum..

SUCI BATIN :
a)Menyucikan diri daripada kesan-kesan dosa dan maksiat iaitu dengan cara bertaubat yang sebenar (taubat nasuha)‎‎‎ .
b)Menyucikan hati daripada kekotoran syirik dan sifat tercela seperti kedekut.

Itulah coretan dan nota ringkas buat tatapan kita bersama. Mudah-mudahan menjadi bahan yang baik untuk para ustaz.

Pembaca budiman yang tidak berapa faham maka mohonlah penjelasan daripada para ustaz dan orang-orang yang lebih mengetahui.

Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment