Assalamu'alaikum teman-teman seagama,
Disyariatkan Takbir Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir(mengagungkan Allah) atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)
Al-Ustaz Said Hawwa(al-Asas fi at-Tafsir jilid 1) menyatakan bahawa setengah ulamak berdalilkan ayat tersebut DISYARIATKAN takbir pada hari raya fitrah. Sehingga Dawud az-Zahiri menyatakan takbir raya itu wajib. Berkata al-Hanafiyyah: Bertakbir dalam perjalanan ke tempat solat secara perlahan sekadar didengari diri sendiri. Kebanyakan ulamak menyatakan disukai bertakbir pada hari raya fitrah itu.
Daripada al-Walid bin Muslim katanya : “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”
Bila Nak Takbir?
Bermula dari jatuh matahari akhir Ramadhan hinggalah imam mendirikan solat Hari Raya Fitrah(*khilaf ulamak).
Lafaz Takbir Raya
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر , الله أكبر ولله الْحَمْدُ
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ولانعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ ( وأعز جنده ) وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر
Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga, maaf zahir dan batin.semoga kita berbahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat juga.
Ustaz, saya ada 2 soalan: 1) Takbir hariraya berlagu yang biasa kita dengar tu adakah kedengaran di Malaysia saja? Bagaimana lagu takbir di negara-negara Arab? Mestikah bertakbir itu berlagu? 2) Kenapa kita tak bertakbir di jalan-jalan dalam kampung atau taman perumahan seperti kita bersalawat ketika maulidurrasul? Yang mana lebih hampir kepada sunnah?
ReplyDeletetakbir raya ni sempena perang boh..semangat perang..Melayu..memang layu
ReplyDelete