Wednesday, September 24, 2008

TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Assalamu'alaikum muslimin dan muslimat.

Solat adalah ibadat dan boleh pahala. Puasa adalah ibadat dan boleh pahala. Makan minum pun jadi ibadat dan boleh pahala SEKIRANYA dilaksanakan mengikut syariat/peraturan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Begitu juga dalam soal berpakaian.

SURAT PEKELILING TUTUP AURAT

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perem-puan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. AL-AHZAB=59


ALLAH JADIKAN MANUSIA TERDIRI DARIPADA LELAKI DAN PEREMPUAN


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.AL-HUJURAT



Demi menjaga kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan hidup manusia MAKA ALLAH telah mengadakan peraturan dan undang-undang. Peraturan dalam makan minum, jual beli, hiburan, bermasyarakat, politik dan lain-lain. Begitu juga peraturan dan undang-undang dalam berpakaian dan pergaulan antara lelaki dan perempuan……..Jika tidak mengundang pelbagai jenayah dan maksiat seperti rogol, zina dan lain-lain.



حَدِيثُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita (Bukhari dan Muslim)


PEMBUNUHAN DAN PENGARUH WANITA

Sejarah manusia awal telah membuktikan bertapa "hebatnya" pengaruh seorang wanita. Lihat kisah dua orang anak Nabi Adam as. Di mana Qabil (abang) mahu membunuh Habil supaya saudaranya itu tidak dapat berkahwin dengan saudara kembarnya Wadhi’ah yang comel.


ARAHAN MENUTUP AURAT

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. AL-AHZAB=59


Wahai anak-anak Adam! Sesungguh-nya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). AL-A’RAF 26


Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. AL-A’RAF 27


PENGERTIAN ‘AURAT


Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajib-kan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata.



BATASAN ‘AURAT


Lelaki : antara pusat dan lutut.
Perempuan : Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.


# KHILAF MASALAH AURAT kita bincang dimasa lain.

HUKUM

Menutup aurat adalah wajib kepada setiap orang yang ber-agama Islam sama ada lelaki atau perempuan terutama apabila berhadapan dengan pandangan orang yang bukan mahramnya ( yang diharuskan kahwin dengannya)



SYARAT-SYARAT BERPAKAIAN


1- IKHLAS KERANA ALLAH.
الإخلاص
2- TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK BADAN DAN JARANG.
3- BUKAN PAKAIAN KEAGAMAAN ORANG BUKAN ISLAM.



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. AN-NUUR=31


ANTARA PANAS DI DUNIA DAN PANAS DI AKHIRAT


Katakanlah: "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. AT-TAUBAH=81

Bersabarlah bila berpakaian cara Islam. Panas di dunia hanya sementara.

No comments:

Post a Comment