Monday, September 1, 2008

PUASA - MEMBAZIR SAUDARA SYAITAN

Salam.


Umat Islam seluruh dunia sedang berpuasa. Berpuasa menahan lapar dan dahaga. Lapar kerana tak makan, manakala dahaga kerana tak minum.


Adakah apabila anda lapar dan dahaga maka anda akan BERDENDAM dengan puasa?


Jadi, apabila ke pasar atau bazaar Ramdhan.......... beli pelbagai kueh, bermacam-macam jenis air, lauk pauk yang berbagai aneka. Pendek kata waktu beli tu memang nak makan habis. Tetapi bila kena air segelas, murtabak sebutir maka dah tak terhabis makanan dan minuman lain. Akhirnya membazir.


Puasa antara lain bertujuan supaya kita mengawal nafsu dan menyempit laluan syaitan dalam diri kita. Oleh itu jangan membazir.



Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. AL-ISRA’=27


1.Berkata Ibn Mas’ud: membazir-boros ialah membelanja-guna harta di jalan yang tidak benar(salah).
2.Berkata Qatadah: membazir ialah mengINFAQkan harta dalam perkara maksiat, fasad dan tidak haq.
3.Manakala Ibn Abbas dan Mujahid: Kalau membelanjakan kesemua harta ke jalan yang benar tidak dianggap membazir tetapi kalau membelanjakan walaupun secupak ke jalan yang tidak haq maka dianggap membazir.

Renung dan fikir-fikirkanlah.

SELAMAT BERPUASA.

No comments:

Post a Comment