Syukur kepada Tuhan Yang Maha Mencipta lagi Maha Kuat, hari ini kita masuk hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan.
Adakah puasa dan ibadat kita hari ini lebih baik dari semalam?
Moh kita tekad menambah nilai dan top up yang lagi baik pada hari ini.
Sahabat-sahabat sekalian,
MENGAPAKAH IBADAT PUASA LEBIH BAIK DARIPADA IBADAT-IBADAT YANG LAIN?
1. ALlah mengkhususkan ibadat puasa hanya tertentu buatNYA.
Lihat sepotong hadith Qudsi berikut:
كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به رواه البخاري
"Setiap amalan anak Adam(manusia) adalah untuk dirinya sendiri melainkan puasa. Maka sesungguhnya puasa itu untuk KU dan AKUlah yang menganjarinya".
Hadith tersebut membuktikan kemuliaan puasa, lebihnya puasa di sisi ALLah serta besar ganjaran pahalanya.
2. ALlah melipatgandakan pahala puasa.
عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله , صلى الله عليه وسلم: كل عمل ابن آدم يضاعف , الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف , قال الله عز وجل : إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به
Daripada Abu Hurairah ra berkata, bersabda RasuluLlah saw , "Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan digandakan 10 kali hingga 700 kali ganda. Allah berfirman(dalam hadith Qudsi) melainkan puasa, Sesungguhnya puasa itu untuk KU dan AKUlah yang akan menganjarinya”. Riwayat Imam Muslim.
Apa nak kata lagi? Lihat! Betapa hebatnya ganjaran pahala yang tidak terkira bagi yang berpuasa.
Tunggu apa lagi? Bergembiralah kita dengan tawaran yang hebat itu. Offer hanya setahun sekali.
Tunggu apa lagi? Bergembiralah kita dengan tawaran yang hebat itu. Offer hanya setahun sekali.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ [يونس، الآية: 58]
Katakanlah (wahai Muhammad) dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan yang demikian mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
3. Dapatkan menghapus dan menebus dosa.
Solat lima waktu, , Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadan keRamadan penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar] – riwayat Muslim.
4. Dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment