Saturday, September 6, 2008

TAK PAYAH MAKAN SAHUR

Assalamu'alaikum.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka pagi tadi saya hanya bersahur tanpa nasi. Walau bagaimanapun kira bersahurlah tu.

Hari ini 6 September 2008 [BUKAN 16 September :) ], maknanya perut kita dah pandai "merangkak" menahan lapar. Tidak seperti hari pertama dan kedua, kalau tak bersahur mungkin tak mampu nak berpuasa. Maklumlah puasa hanya setahun sekali.....puasa sunat Sya'ban tak buat, puasa sunat Syawwal malas, puasa Isnin dan Khamis lagilah payah.

BERSAHURLAH JANGAN TAK BERSAHUR

1. Bersahur adalah perintah dan sunnah Nabi saw. Kita bersahur bukan kerana takut lapar besok hari. Silap tu, tu puasa takut lapar.

Nabi saw berpesan,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
2.Bersahur medatangkan keberkatan sebagaimana hadith di atas.
3. Sunat melewatkan makan sahur. Tujuannya supaya kita mudah ke masjid atau surau menunaikan solat Subuh secara berjamaah.
Masih ingat posting saya dulu KESILAPAN ORANG YANG BERPUASA iaitu menunaikan solat Tarawih berjamaah tetapi solat Subuh tak berjamaah kerana TIDUR SEDAP. tk

No comments:

Post a Comment