Saturday, September 27, 2008

HARI RAYA - Bermaaf-maafan SIFAT TERPUJI

hARI rAYA hari bergembira, hari bersalam-salaman dengan teman-teman, lelaki dengan lelaki manakala perempuan dengan perempuan.
hARI rAYA hari ziarah menziarahi, hari bermaaf-maafan.....Engkau maafkan aku, Aku maafkan engkau.

PEMAAF SIFAT TERPUJI
Sifat meminta maaf dan memberi maaf(pemaaf) adalah sifat terpuji(mahmudah) walaupun tak mudah untuk melaksanakannya.

Tidakkah kita mendengar firman Allah Ta’ala:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)
“Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.” (al-A’raf:199)

PELUANG BUAT SALAH DAN SILAP
Apa perlunya sifat pemaaf(memaafkan kesalahan orang lain)?
Kerana setiap manusia ada ruang melakukan kesalahan dan kesilapan. Salah silap berlaku kita lemah dan lalai kerana bujukan hawa nafsu atau godaan syaitan.

Kalau kita ada ruang buat silap, begitulah juga orang lain. Kalau begitu berilah peluang ke 2, ke 3 kepada sahabat/kawan untuk membetulkan kesilapan. Maafkan kesilapan sahabat kita.

HAK MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KETELANJURAN
Imam al-Ghazali antara lain menyebut hak-hak persaudaraan ialah memaafkan kesalahan kawan/sahabat.

Keterlanjuran kawan di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat;
1 -memutuskan perhubungan dengannya(tujuan mengajar).
2 -boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.


Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.

Orang Yang Pemaaf sebenarnya sangat mulia hatinya, dia tidak berdendam. Kalau dia marah pun tidak keterlaluan. Marah kerana sahabat "khianat" kepadanya. Dia akan berusaha untuk terus berbaik-baik, apatah lagi kita dalam satu Jama'ah Islam. Mohd Erdogan dan Mohd Erbakan wajiblah bermaaf-maafan dan berbaik-baik.

Ambillah peluang di Hari Lebaran(Hari Raya Fitrah) untuk mengembalikan fitrah diri(asalnya baik) untuk mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah dan ikatan jama'ah kita.

Kita saling berkunjungan.
Kita saling bermaafan.
Kita saling mendoakan.......


Sewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik termasuk ahli rumahtangga serta tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup atau sudah mati.

Selamat Hari Raya pada semua pimpinan Parti Islam, Jamaah Islam dan muslimin muslimat.

No comments:

Post a Comment