Minggu lepas saya menziarahi seorang kawan. Beliau terkena sihir yang agak luar biasa. Sekarang sudah beransur pulih. Semua itu berkat pertolongan ALlah kerana beliau suka menyumbangkan masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk perjuangan Islam.
Berikut saya paparkan beberapa ayat al-Quran dan doa-doa RasuluLlah saw sebagai "PENDINDING" dari gangguan syaitan, sihir dan ilmu hitam. BACA DOA-DOA BERIKUT DAN BERSERAH BULAT-BULAT PADA ALLAH.
1.
أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.
2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .
3. Baca ayat al-Kursi (al-Baqarah -255)
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِه ِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar "
4.
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ
شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ
وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
5.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan apa yang telah DIA cipta.
6. Bacalah tiga Qul iaitu: i- Surah al-Ikhlas.
ii- Surah al-Falaq dan
iii- Surah an-Nas.
Jadikan ianya wirid harian anda. InsyaALlah menjadi.
Ustaz. Nak berubat sihir untuk diri sendiri pakai ayat2 ni boleh tak?
ReplyDelete