Bekas
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon
kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa
menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli
politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan,
saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah
mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan
dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis
veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara
Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana
meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun
2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes
“polis RM27 juta”.
“Sebaliknya,
AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit
berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan
asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam
pasukan polis.
Apabila
ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau
apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan
undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.
“Tan
Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli
merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan
polis.
“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”
Ramli
mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan
kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu
sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
“Dia
mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan
perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca
ketakpuashatian Musa.
Musa
bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13
September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang
bukti.
Dalam
kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan
Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan
kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
“Apabila
saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD
(Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang
salah berlaku.
“Jadi
saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam
pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.
“Sebab
itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar
dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch),
sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar
sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.
NGO
tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada
pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum
dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Musa
juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis
hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan
tersebut.
Beliau
berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu
dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada
individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam
sistem.
Beliau
turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang
hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.
No comments:
Post a Comment