Sesungguhnya Al-Quran ini untuk menjadikan ingatan kepada kamu dan juga
menjadikan ingatan kepada kaum kamu dan kamu suatu hari nanti akan
disoal oleh Allah di akhirat nanti.
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” (Surah An-Nahl ayat 89)
Sehubugan
itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: “mana-mana orang yang ingatan kepada
aku dalam satu kumpulan aku akan ingat dia di dalam kumpulan dia yang
terbaik.”
Ini
kelebihan kita memperjuangkan Islam tidak memperjuangkan Melayu, ada
sahaja yang berlaku ke atas Islam seluruh dunia sama ada di negeri Arab
atau Eropah sama ada di Timur dan Barat sekalipun mengikut Islam, kita
terlibat sama.
Kita
bukan memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa Melayu,
perlu apa orang Arab datang, perlu apa orang Cina sokong. Kita kena
ingat hakikatnya kejadian manusia itu bukanlah dibangkitkan atas
pengenalan bangsa. Firman Allah SWT.
Maksudnya: “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.” (Sura Al-’Alaq 96:2)
Oeh
sebab itu, Islam datang daripada Allah diturunkan kepada manusia .
Diletakkan pada manusia, tidak meletakkan pada malaikat. Malaikat pun
tidak bertanggungjawab mengenai Islam, bahkan malaikat menjadi alat
untuk menyokong Islam di kalangan manusia.
Bersandarkan
maksud sabda Nabi Muhammad SAW, antara lainnya, “mana-mana orang yang
sebut nama aku dalam kumpulan ramai, maka aku akan sebut dia dan ingat
dia di dalam kumpulan yang berbaik, aku sebut depan malaikat.”
Atas
asas ini, setiap kita yang bercakap mengenai Islam, mengenai masalah
yang menimpa orang Islam sama ada di Palestin, di Malaysia sekalipun,
maka seumpama kita bercakap mengenai Islam atas manusia dalam kumpulan
ramai seperti mana maksud sabda Nabi SAW.
Inilah
kelebihan apabila kita memperjuangkan Islam. Ia boleh dilakukan di
mana-mana. Namun, tempat kita ini, ada had-had pula dan bukan semua
pihak yang boleh menggunakan ruang dan tempat yang ada. Hanya kumpulan
tertentu sahaja dibolehkan. Misalnya di dalam radio (kita kumpulan
Islam) tidak bebas untuk menerangkan Islam kerana ia milik orang lain
punya. macam kita bukan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan stesen tv.
Tv yang ada juga milik orang lain. Begitu juga surat khabar, ia surat
khabar orang lain punya.
Oleh
yang demikian, kita baca surat khabar, kita bercakap mengenai fikiran
orang yang tertentu sahaja. Mungkin yang kita baca itu bukan sefahaman
dengan kita dan mungkin juga mereka yang menentang perjuangan Islam. Ini
kelemahan bagi pejuang Islam. Kelemahan berpunca daripada kezaliman
pihak yang cuba menyekat perjuangan Islam daripada berkembang di tanah
air kita.
Realitinya
perjuangan Islam sedang berhadapan dengan suasana tidak adanya
kebebasan (maklumat). Macam kita bukan rakyat Malaysia yang berhak
bercakap. Maka mereka (yang berkuasa, tidak bersama dengan perjuangan
Islam) sudah tentu tidak akan meluluskan lesen radio dan tv hatta permit
surat khabar pun turut disekat. Ini sekatan (menyebabkan kita
kekurangan) sedang menimpa diri kita. Oleh sebab itu, janganlah kita
lalai dan lupa untuk terus menyebut persoalan politik sebagai salah satu
cabang dalam perjuangan Islam. Harapnya, atas keizinan Allah, kesedaran
akan berlaku kalangan umat Islam boleh bersama berjuang Islam demi
mendapat kuasa politik sebagai cara merungkai apa jua cabaran dan
memartabatkan perjuangan Islam.
Catatan
ucapan meraikan tokoh ulama terkenal dari Syria, As-Syeikh
Ali-As-Sobuni, di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 27 Muharam 1434/11
Disember 2012.
No comments:
Post a Comment