Friday, December 21, 2012

Amanat Hadi: Umno kehabisan isu, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Umno-Barisan Nasional disifatkan ketandusan modal politik dan mengundang "bahaya" oleh pembangkang apabila membangkitkan isu Amanat Haji Hadi meskipun sudah 30 tahun berlalu.

"Kita perlu bincang tentang isu sekarang. "Macam Datuk Seri Najib sebut, soal moral, kalau orang tanya moral dia kahwin siapa, cerai siapa, nak bangkit semua isu itu.

Saya tidak mahu. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak), bahaya ungkit perkara-perkara lama. Cuba ambil isu sekarang. Apa masalah ekonomi sekarang, apa agenda dia hendak buat," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini.


Namun katanya beliau tidak terkejut jika selepas ini kisah lama beliau pula yang akan digunakan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini demi kepentingan politik mereka.


"Isu itu isu Umno, bukan isu kita.  Jadi Umno dia tak ada isu, dia cari isu tahun 1982. Lepas ini mereka akan cari isu tahun 1974, Anwar Ibrahim demonstrasi," ujar beliau.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, amanat Presiden parti itu selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam.


Justeru katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula sedangkan Umno juga sudah berubah.

Hadi sebelum ini didesak oleh Mufti Perak, Wilayah Persekutuan untuk menarik balik amanatnya itu kerana menjadi punca perpecahan di kalangan umat Melayu-Islam.


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyifatkan amanat Hadi itu sebagai "kisah lama" dan adalah lebih baik sekiranya penarikan secara rasmi dibuat agar tiada kekeliruan.

No comments:

Post a Comment