Sunday, December 30, 2012

PAS menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu ‘Amanat Hadi’ di media perdana

PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.
Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.
PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.
Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?
Sehubungan  dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

5 comments:

  1. ITU DIA PAS JADI LAH HERO IKHLAS, PADAM MUKA UMNO DAN RAIS YATIM PERKOSA

    ReplyDelete
  2. orang yang reti dan faham apa yang diucapkan hj hadi pasti sokong

    ReplyDelete
  3. elok juga hadi ni tulis dalam Harakah kalau tak dapat peluang dalam TV3 dan RTM. Tulislah apa juga alasan supaya masyarakat faham kenapa amanatnya menepati ajaran Rasulullah s.a.w dan perlu dikekalkan sehingga hari kiamat untuk menegakkan Islam yang disayangi. Kalau Nik Aziz pun meragui agama apa yang dianuti oleh para penyokong UMNO ini, elok bertindak cepat. Harakah versi internet pula memaparkan untuk bacaan seluruh dunia. Ini boleh memberikan keuntungan politik pada PAS dan boleh menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Kalau Hj Hadi dan Us Tuan Man ikhlas dengan Islam tak yah tunggu RTM dan TV3. Nanti bagi alasan pula kerajaan takut nak bagi peluang pada Hj Hadi beri penjelasan. Guna saja YouTube beri penjelasan. 5 jam pun boleh. Satu dunia pula boleh tonton. Pasti hit mcm Gangnam Style.
    Amacam ?????????

    ReplyDelete
  5. TV PAS pun ada webtv.pas.org.my/. dok sibuk TV1 dan TV3. kata boikot media perdana. nampak sangat tak jujur. janji beri penjelasan. lepas tu wawarkan kat mana masyarakat boleh rujuk penjelasan dia. tak kan itu pun Tuan Man tak tau. bekas pensyarah aku kat ITM dulu lni.

    ReplyDelete