Umno
nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah Umno terhadap
Islam dan Melayu terlalu banyak – gejala murtad, tanah tergadai,
tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi
muda serta pelbagai lagi.
Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa Melayu dilihat begitu rendah dan hina.
Umno telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan di tahan ISA.
Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali.
Selepas 55 tahun Umno diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu ‘Anak Kecil Bermain Api’ dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.
UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan.
Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka boleh berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa secara tiba-tiba.
Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa sebagai pilihan. Debat politik intelektual dianggap asing dan bukan budaya kebanggaan.
Kepimpinan Umno hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi.
Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan dan perpecahan.
Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya. Begitu capeknya Umno, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai ‘kerusi roda’ penyelamat.
Pakatan Rakyat telahpun membuktikan Agama Islam dan orang Islam nyata lebih terjamin dan lebih gemilang. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat. Tiada siapa yang dapat menggugat.
Wadah ini telah berjaya menggembeling para pejuang Melayu dan Islam yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat.
Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata berjaya diurus tadbir secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya. Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya.
Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan.
Pakatan Rakyat terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, profesional dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan.
Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi.
Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Melayu dan Agama Islam.
Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang. Kita memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala cabaran globalisasi segala bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan.
Di era demikian, Islam dan Melayu pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah.
Dr Muhammad Nur Manuty

Islam akan gemilang dgn dap perlu diberikan banyak kerusi
ReplyDeletehttp://mymassa.blogspot.com/2012/12/dap-minta-kerusi-lebih-pas-ada-hati-nak.html