Salam kawan-kawan,
Ini email yang saya terima, katanya Tsunami besar akan berlaku sekali lagi pada 22hb Julai 2009 antara jam 3 hingga 7 petang.
Sebenarnya bala dan azab ALlah ada di mana-mana, daripada bawah dan atas. Tsunami adalah dari bawah. Cuba perhatikan ayat berikut;
Katakanlah: "DIAlah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau DIA menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan DIA merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. AL-AN’AM=65
Ingatlah! ALlah Maha Berkuasa. Kita jangan sombong dan angkuh.
Sekian, terima kasih.

Penduduk di pantai Sabah diminta berjaga-jaga.
Salam ustaz,
ReplyDeletepada pendapat saya, tak kena kita percaya akan ramalan mcm ni. ramalan cuaca boleh kita gunakan tapi keyakinan tetap wajib kepada ALLAH yg menentukan segala. waLLauhalam