Wednesday, June 3, 2009

KELAYAKAN YANG MESTI ADA SEBELUM MENANG.....anda mestilah melayakkan diri! Siri 2

Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan Harakah Islamiyyah
1)Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
Kelayakan peribadi yang pertama ialah kefahaman Islam yang sebenar. Sesiapa sahaja yang hendak menegakkan syariat/peraturan masyarakat Islam patutlah mengetahui dahulu peraturan itu sendiri secara menyeluruh. Untuk maju setapak ke arah tujuan tadi,tidaklah memadai dengan hanya mempunyai ilmu keIslaman yang cetek. Sebaliknya, ilmu keIslaman yang mendalam diperlukan. Dalam atau ceteknya ilmu keIslaman ini tertakluk pada kebolehan diri perseorangan. Tidak semestinya setiap orang yang berjuang di jalan kebenaran ini adalah tokoh ilmu keIslaman. Tetapi adalah perlu bagi setiap orang tadi mempunyai suatu kelayakan tertentu yang sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan di antara aqidah Islamiyyah dan ciri-ciri jahiliyah dan juga di antara amalan-amalan Islam dan yang bukan Islam. Dengan demikian barulah ia berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam dapat memberi panduan kepada seluruh bidang (aspek) kehidupan. Tanpa ilmu ini, seseorang manusia tidak dapat menuju ke jalan yang benar dan ia juga tidak dapat memimpin orang lain ke arah jalan tersebut. Dia juga tidak dapat berjaya melaksanakan sesuatu kerja (tugas) itu di atas landasan yang sebenar.

2) Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
Di samping ilmu dan kefahaman, terdapat suatu lagi kelayakan yang perlu ada pada
tenaga penggerak gerakan Islam. Iaitu mempunyai iman yang teguh terhadap aqidah yang
menjadi asas segala kegiatan mereka.
Sesiapa saja yang menjalankan tugas ini perlulah
mempunyai iman yang teguh terhadap kewujudan Allah Subhanahu Wata’ala. mereka mestilah meyakini bahawa Allah Subhanahu Wata’ala mempunyai kuasa, kelayakan dan hak sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Mereka ini mesti yakinkan “Hari Perhitungan” (yaum al-hisab) sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran. Bagi mereka ini, satu-satunya jalan kebenaran ialah jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Apa sahaja yang bertentangan dengan peraturan ini dianggap siasia sahaja (tidak berfaedah). Mereka menilai kebenaran sesuatu aliran pemahaman dan tindakan berlandaskan Kitabullah (AlQuran) dan sunnah Rasulullah s.a.w..

- bersambung esok insyaALlah.

No comments:

Post a Comment