Tuesday, June 16, 2009

SIFAT ORANG YANG HENDAK DIJADIKAN SAHABAT

Salam teman-teman,

Kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi bila bersahabat hanya dengan orang tertentu sahaja. Sahabat ialah orang yang beriman, berakhlak mulia dan sentiasa membantu kita untuk mendekatkan diri kepada ALlah dan melakukan kebaikan. Bila kita salah ditegur-nasihat. Itulah sahabat.

Tersilap pilih kereta boleh tukar dan beli lain. Tersilap pilih sahabat buruk padahnya. Mari kita meneliti nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al-Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:
1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.


2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.


3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.


4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.


6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah dia membalasnya kembali.


7. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka dia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.


8. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.


9. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka dia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu. tk

1 comments:

  1. Salam toki..didoakan semoga toki sihat walafiat..toki, ummi kata time kasih kat toki sebab artikel toki ni ummi gn untuk pengisian usrah ummi..

    ReplyDelete