Tuesday, June 2, 2009

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH seorang ahli PAS yang disayangi.

Salam sahabat- sahabat,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kita pun akan mati.....so jangan jahat, jangan zalim, jangan nakal, berjuang betul-betul. Takut berjuang mati, berani pun mati.

Semalam 1 Jun 2009 hari Isnin kembalinya sahabat kita saudara Ramli(foto) di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) Kuantan. Beliau seorang ahli PAS yang aktif di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang. Saya dan keluarga tidak sempat menziarahinya kerana ada urusan walimah di Kuala Terengganu, terkilan juga hati ini.

Semoga ALlah mengampunkan dosa-dosanya dan memberi rahmat kepadanya. Semoga kita yang masih hidup meneruskan kehidupan mencari redha ALlah.

Kepada sahabat-sahabat dan ahli-ahli yang tinggal di sekitar Mahkota Jaya, Mahkota Aman, Taman Seriku jangan lupa menziarahi keluarga allahyarham serta tidak mengabaikan kebajikan keluarganya.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment