بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudara-saudari muslimin dan muslimat sekalian,
Hampir seluruh negeri Selangor berlaku pertukaran ahli jawatankuasa masjid bermula Jun 2009. Tata cara pemilihan dan perlantikan ahli jawatankuasa masjid tidaklah saya mengetahuinya. Apa yang saya tahu, boleh dikatakan seluruh ahli jawatankuasa masjid dikuasai oleh orang-orang PR(Pakatan Rakyat) yang beragama Islam. Maka adalah suara-suara tidak senang dan sebagainya.
Al-Quran telah menetapkan siapakah yang layak menjadi ahli jawatankuasa masjid termasuklah memakmurkannya. Mari kita meninjau dan memahami siapakah sebenarnya layak.
ORANG-ORANG YANG TIDAK LAYAK MEMAKMURKAN MASJID ALLAH
Firman ALLah Ta’ala:
﴿مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُواْ مَسَاجِدَ الله شَـهِدِينَ عَلَى أَنفُسِهِم بِالْكُفْرِ أُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَـلُهُمْ وَفِى النَّارِ هُمْ خَـلِدُونَ - إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـجِدَ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَوةَ وَءاتَى الزَّكَوةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللَّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ ﴾
“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.” At-Taubah : 17.
ALLah menjelaskan bahawa golongan musyrikin sama sekali tidak berhak memakmurkan masjid ALLah. Samada musyrikin dulu atau musyrikin moden. Ini kerana musyrikin dahulu secara terang-terang memusuhi ALLah dan RasulNya. Manakala musyrikin moden kini yang meragui atau menolak al-Quran secara keseluruhan atau sebahagiannya. Musyrikin moden tiada bezanya dengan musyrikin di zaman Nabi saw kerana mereka lebih yakin kepada hukum dan undang-undang ciptaan manusia daripada hukum ALLah.
Golongan musyrikin tidak layak dan tidak berhak memakmurkan masjid kerana masjid itu adalah Rumah ALLah di muka bumi ini. Mereka tidak ada alasan untuk berbuat demikian kecuali mempunyai tujuan tertentu sebagaimana golongan munafiq yang membina masjid Dhirar. Kaum musyrikin itu secara terang mengakui diri mereka kafir. Mereka tiada kaitan dengan masjid kerana mereka idak menyembah Allah. Sedangkan masjid-masjid itu adalah Rumah Allah.
Yang menjadi persoalan bahawa kafir itu boleh berlaku apabila seseorang itu murtad. Kalaupun mereka tidak mengakuinya namun kafir itu boleh terjadi disebabkan mereka meragui atau menolak al-Quran sebagai peraturan hidup untuk mengatur diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kafir lawannya iman. Keimanan akan runtuh sekiranya melakukan perkara yang meruntuhkannya seperti mengambil sebahagian hukum al-Quran yang dianggap sesuai dan menguntungkan mereka TETAPI menolak sebahagian hukum al-Quran yang lain kerana beranggapan ia sudah tidak sesuai untuk zaman moden ini yang bermasyarakat majmuk dan lain-lain.
Dalam dunia politik moden dan sekular……… kerap kedapatan ucapan dan kenyataan yang boleh meruntuhkan iman. Umpamanya menganggap bahawa Islam tidak boleh dicampuraduk dengan politik, nanti Islam akan tercemar. Ini beerti memisahkan politik daripada Islam. Ini adalah fahaman sekular yang bercanggah dengan al-Quran. Sesungguhnya ini adalah antara kejayaan terbesar penjajah Barat ke dalam dunia dan diri umat Islam. Islam tanpa politik dan kuasa pentadbiran adalah tidak bermakna, Islam ibarat ular yang telah kehilangan bisanya, yang tinggalnya hanyalah rasa geli.
Apabila faham memisahkan atau mengasingkan Islam daripada urusan negara dianuti oleh umat Islam MAKA runtuhlah aqidah umat Islam. Lantaran itu musnahlah segala amalannya dan menjadi sia-sia. Jika mereka pergi ke masjid beramal sebanyak mana sekalipun nescaya tidak berguna lagi. Amalan mereka telah runtuh dan sia-sia belaka. Walaupun tujuan amal itu adalah pelaburan untuk hari akhirat, tetapi kekufuran telah memusnahkan segala-galanya.
أُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ . Akhir hidup mereka di akhirat ialah kekal di dalam neraka. وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
Sekian, terimA KASIH.

harap yang baru tahu apa yang hendak di isi --allahuakbar
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteDi sini saya nak bawakan 2 ayat Al-Quran dari Surah An-Nisa' berkenaan orang kafir.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa' yang bermaksud:
"[150] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu.
[151] Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina."
Berdasarkan dua ayat di atas maka dapatlah kita ketahui siapakah golongan kafir yang sebenarnya.
Semoga ia menjadi peringatan kepada kita Orang Mukmin.
Wassalamu alaikum