Monday, June 1, 2009

REBUT 5 PELUANG SEBELUM 5 PENGHALANG - 2

3- KAYA SEBELUM PAPA
Harta-kaya boleh bertambah dan musnah dalam masa sekelip mata. Harta adalah anugerah dan amanah ALLAH.
Cara mencari dan mengguna-kannya mestilah mengikut peraturan dan undang-undang ALLAH.

Carilah harta sebanyak mungkin TETAPI jangan jadi Qarun yang mabuk dengan harta, harta menjadikannya sombong, bakhil, tidak bersyukur, menentang kebenaran…..akhirnya diazab.
Harta hendaklah dimanfaatkan untuk ….…anak keluarga, fakir miskin, ibadat, agama, jihad-perjuangan dan lain-lain.

4- MASA LAPANG SEBELUM SIBUK
Masa lapang perlulah dihargai. Masa sangatlah bernilai. Masa adalah usia dan kehidupan itu sendiri. Masa amatlah terbatas mengikut usia yang telah ditentukan sejak azali.
Umur bagi umat ini seusia Nabi akhir zaman iaitu 60an tahun.

Ingat! 1/3 usia habis untuk tidur, tak termasuk masa kanak-kanak.
Baki umur yang ada hanyalah separuh (30 tahun)……gunakannya sebaik mungkin untuk menyiapkan bekalan pengembaraan yang jauh, pengembaraan ke akhirat.
SIBUK bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan bekalan. Penuhilah masa lapang dgn program berfaedah.

5- HIDUP SEBELUM MATI
Hidup sebelum mati. Peluang ini hanyalah sekali jua. Dia dipilih daripada jutaan benih seorang ayah.
Sepatutnya dia bersyukur dan mengisi kehidupan dengan program yang bermanfaat.
Setiap yang hidup….pasti mati. كل نفس ذائقة الموت

أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعداد له، أولئك هم الأكياس، ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة
Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan yang sangat membuat persediaan untuk menghadapinya (mati). Mereka itulah orang-orang yang bijaksana (cerdik). Mereka telah pergi dengan membawa peng-hormatan dunia dan kemuliaan akhirat].
tk..

No comments:

Post a Comment