Salam muslimin yang dirahmati ALLah,
Jadi jawatankuasa masjid nie bukan suka-suka, bukan cari glamour. Yang kita jaga tu rumah ALlah bukan rumah raja or menteri.
MENDIRIKAN SOLAT DENGAN CERMAT DAN TEPAT
Sifat orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat itu ialah “Aqamus Solah”, iaitu mendirikan solat. Kalimah “Aqamu” diertikan dengan, melakukan dengan cermat, cermat dari segala segi, termasuk bacaanya betul, demikian juga makhraj dan tajwidnya. Cermat dari segi perbuatan bukan sahaja perbuatan ketika melaksanakan rukun-rukun solat, tetapi juga cermat dalam pekerjaan selepas dari nenunaikan solat. Semestinya tingkah laku selepas solat itu masih berhubung dan solat yang didirikan, termasuklah kerja-kerja ketika berusaha mencari rezeki. Mereka mesti mendapatkan rezeki yang halal dengan cara yang diredhai Allah. Ini kerana fungsi solat ialah untuk mencegah perkara yang keji dan mungkar.
Tindakan yang dilakukan selepas solat mestilah mencerminkan peranan solat itu sendiri. Jika urusan selepas solat terus bergelumang dengan perkara yang haram, seperti menjalankan pernigaan dengan modal wang riba dan sebagainya, menipu, rasuah bagi mendapatkan sesuatu. Ternyata solat yang didirikan tidak memenuhi ciri yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.. Mungkin mendirikan solat untuk tujuan tertentu, bukannya untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Orang yang mendirikan solat secara ikhlas untuk Allah s.w.t. pasti pekerjaan mereka seiring dengan sumpah yang diucapkan di dalam solat mereka. Bukankah mereka sudah berjanji dengan Allah Taala bahawa solat yang mereka didirikan, segala kegiatan hidup mereka, bahkan kematian yang bakal dihadapi, semuanya untuk Allah Taala. Untuk itu kiranya mereka mencari rezeki semestinya yang halal. Menuntut yang halal itu adalah suatu kefardhuan. Rezeki yang akan dinafkahkan untuk diri dan keluarga, mempunyai kaitan dengan urusan Akhirat. Justeru itu apabila mereka menyediakan makan minum untuk diri dan orang-orang di bawah tanggungannya mestilah dari rezeki yang baik dan halal. Jika untuk membeli pakaian yang bakal digunakan untuk diri dan keluarga mesti dengan tujuan untuk menutup aurat. Sesungguhnya menutup aurat adalah suatu kefardhuan. Membeli rumah tempat tinggal mestilah dengan cara yang halal. Bukan melalui sistem riba kerana di dalam rumah itu akan didirikan solat untuk Allah Taala. Sedangkan Allah Taala itu Maha Baik.
Seterusnya sifat cermat paling dituntut dalam mengawal hati ketika solat, supaya ia tertumpu kepada mengingati Allah Taala. Ini kerana di antara tujuan solat itu ialah untuk mengingati Allah, “أقم الصلاة لذكرى” (dirikanlah solat untuk mengingati-ku). Walaupun pada lahirnya dilihat sempurna solatnya, tetapi jika hatinya merayau dan lalai dari mengingati Allah s.w.t., maka itu tidaklah dinamakan mendirikan solat.

BERANI BERKATA BENAR, TIDAK TAKUT.
Selain dari mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, di antara sifat orang-orang beriman itu ialah, seperti firman Allah dalam ayat ke 18 surah At-Taubah : “ولم يخش إلا الله” (dan tidak takut kepada sesiapapun kecuali kepada Allah). Ciri terpenting yang ada pada diri orang-orang yang beriman ialah tidak gentar dengan sebarang ugutan atau ancaman yang didatangkan oleh manusia. Tidak takut hilang pekerjaan, tidak takut ancaman penjara atau buang daerah demi menegakkan kebenaraan Islam. Mereka hanya takut kepada Allah s.w.t. dalam erti kata patuh kepada suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.
Ciri-ciri orang yang layak berkunjung ke Rumah Allah dengan tujuan untuk memakmurkannya, mentadbir dan memelihara masjid Allah dijelaskan. Iaitu mereka yang benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. dan juga hari Akhirat, membuktikan keimanan mereka dengan menunaikan solat yang dilengkapi syarat-syarat serta dengan hati yang khusyuk. Mengikis sifat bakhil dengan mengeluarkan zakat dari sebahagian harta kekayaan yang dimilikinya, sama ada zakat yang wajib ataupun sedekah sunat. Dari keimanan itu lahirlah sifat tidak gentar dengan sebarang ugutan makhluk kecuali hanya kepada Allah Taala.
Mereka yang mempunyai sifat-sifat di atas layak menerima anugerah ALLah yang paling besar iaitu hidayah. Dengan hidayah rumahtangga, masyarakat dan negara akan hidup dalam suasana yang baik tanpa kezaliman dan kejahatan.
uye02022000 - tarikh siap salin drp tulisan TGNAA.

No comments:
Post a Comment