Friday, June 19, 2009

MANISNYA UKHUWWAH FILLAH - MANISNYA PERSAUDARAAN KERANA ALLAH


SalamuLLAH 'alaikum sahabat-sahabat seagama, sejama'ah dan seperjuangan,

Terlalu banyak nikmat ALlah untuk dihitung bahkan tak terhitung oleh kita.

PERSAUDARAAN/UKHUWWAH ADALAH NIKMAT ALLAH

Di antara nikmat ALlah yang besar itu ialah nikmat persaudaraan-ukhuwwah kerana ALlah.
Bukan kerana harta,
Bukan kerana dia puak kita,
Bukan kerana dia sama bangsa dengan kita,
Bukan kerana dia menyebelahi kita,
Bukan kerana dia yang bantu kita TETAPI ikhlas semata-mata kerana ALlah dan mencari mardhatiLlah(keredhaan ALlah).

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara….Aali Imran = 103.

MANISNYA PERSAUDARAAN
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari-pada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicam-pakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih)

PERSAUDARAAN MEMBAWA KE SYURGA

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh ALLAH di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan ALLAH. Golongan tersebut ialah
(1)Pemimpin yang adil,
(2)Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada ALLAH,
(3)Lelaki yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
(4) Dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana ALLAH iaitu kedua-nya bertemu dan berpisah kerana ALLAH,
(5) Lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada ALLAH!,
(6)Seorang lelaki yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan
(7)Seorang yang mengingati ALLAH di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. *- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

CINTAI SESEORANG KERANA ALLAH
Kita tidak mencintai dan mengasihinya kecuali karena ALLAH. Maksudnya adalah hendaknya hubungan antara seorang muslim dengan saudara muslim yang lain dilandasi dengan iman kepada ALLAH swt dan amal solih. Misalnya mencintai seseorang yang suka bersedekah, menikahi seorang wanita untuk melindungi dari godaan syaitan.
Bertambahnya kecintaan bukan karena mendapat keuntungan material dan ber-kurangnya cinta bukan karena tiadanya manfaat dunia yang diperolehi, namun ukurannya adalah iman dan amal solih.

Semoga kita terus mengankat tangan berdoa agar ALlah sentiasa mempertautkan antara hati-hati kita. tk..

No comments:

Post a Comment