Monday, August 11, 2008

TEBUS KESILAPAN TIKA RAMADHAN TAHUN2 LEPAS

Assalamu'alaikum.

Semoga kita semua berada dalam rahmat(kasihsayang ALLAH). Kita termasuklah anak isteri dan sahabat-sahabat seagama n seperjuangan.

Ramadhan datang lagi, stiap yang mendatang adalah DEKAT. Ramadhan dah dekat. Sebelum masuk Ramdhan nie, jom kita mengkoreksi dan muhasabah diri atas kesilapan yang pernah kita lakukan di ramadhan di tahun-tahun yang lalu. Di bawah ini saya perturunkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh orang Islam sewaktu berpuasa.

>BULAN YANG ISTIMEWA
Sesungguhnya bulan Ramadhan al-mubarak adalah musim pelbagai ibadat seperti puasa, qiamullail, tilawah al-Quran, sedekah, zikir, doa dan istighfar. Begitu juga memohon syurga dan selamat dari api Neraka.

Maka jagalah masa dan sibuk dengan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah mengikut apa yang telah disyariatkan TANPA menambah atau mengurangkan.

Sesungguhnya syarat diterima amal ialah IKHLAS dan IKUT RasuluLlah saw.

AWAS! PUASA YANG BINASA DAN CELAKA


Bila kita berpuasa maka ikutlah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. Sekiranya tidak, puasa yang ditunaikan itu adalah sia-sia, tak dapat apa-apa melainkan LAPAR da DAHAGA sahaja. Sudahlah lapar dan dahaga, lebih malang TIDAK MENDAPAT KEAMPUNAN DOSA dari ALlah swt.

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Daripada Ka'ab bin Ujrah ra, dia berkata : RasuluLlah saw bersabda, احضُرُوا المنبر، فحضرنا، فلما ارتَقَى درجةً قال: امين، فلما ارتقى الدرجةَ الثانية قال: امين، فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال: امين. فلما نَزَلَ، قُلنا: يا رسولَ الله! لقد سمعنا منك اليومَ شيئا ما كنا نسمعه، قال: إن جبريل عليه السلام عَرَضَ لى فقال: بُعدٌ من اَدرَكَ رمضانَ فلم يُغْفَرْله، قلت : امين. فلما رَقِيتُ الثانية، قال: بعد من ذَكَرتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك، فقلت: امين. فلما رقيت الثالثة، قال: بعد من ادرك أبَوَيهِ الكِبَرَ عنده أو أحدهما، فلم يُدخِلاه الجنةَ، قلت: امين

Maksudnya:
RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.
Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.
Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang berpuasa Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan dosanya”. Aku menjawab: امين.
Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.
Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين. (MINTAK TOLONG SAHABAT YANG AHLI HADITH SUPAYA CHECK STATUS HADITH....saya dah hilang catatannya. tk).

#KESILAPAN-KESILAPAN MUSLIM YANG BERPUASA DAN BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN (من أخطاء الصائمين والقائمين )

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. Puasa main ikut-ikut aje. Puasa macam masa kita budak-budak dulu. Tidak mempelajari syarat-syarat sah, yang membatalkan puasa, hukum puasa pada hari yang diragukan, apa yang boleh, wajib atau haram dilakukan oleh seseorang yang sedang melakukan puasa, apa adab dan sunnah-sunnahnya, hukum-hukum qiyamullail, berapa bilangan raka'atnya, hukum-hukum puasa bagi yang berhalangan baik karena muasafir atau sakit, hukum zakat fitrah dan lain-lain.


فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui. (al-Anbiya': ayat 7).

وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.
"Barangsiapa yang ALlah menghendakki baginya kebaikan nescaya ALlah menjadikannya orang yang faham agama".


2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

Ramai lagi kawan-kawan kita yang berpuasa tetapi TAK SANGGUP tinggal amalan riba KERANA mengejar kemewahan, menjaga status dan sebagainya. Pegawai Kerajaan Kumpulan A mana layak pakai kereta second hand. Dia lebih rela bergelumang dengan riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.


- BERSAMBUNG

#sumber dapatan dalam artikle ini ana ambik daripada tulisan ustaz zaharuddin a'rahman, pastu saya jumpa satu artikle Arab yang saya fikir di situlah ustaz zaharuddin ambik. Tugas saya memurni dan menambah bagusnya :) tk.

1 comments:

  1. CADANGAN :
    JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
    PAS WAJIB MENARIK DIRI

    Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.


    Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .


    Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.


    Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam , saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru . Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur .


    Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 sept ini , persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut ?


    Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam ? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam ? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau di katakan akan melantik 3 timbalan perdana menteri .


    Saya tidak bersifat perkauman . Ertinya saya tidak kisah MP ( ahli parlimen ) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina , India , Melayu atau lainnya , tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.


    Justeru itu , jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 sept ini tidak didominasikan oleh MP dikalangan muslim , maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam ( jauh sekali kerajaan Islam ) .


    Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.


    Pada hemat saya , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .


    PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu . Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai dikalangan orang melayu .


    Pakatan Rakyat , khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini . Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.


    Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?


    Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .


    Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .


    Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .


    Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik , zalim , kejam dan segala najis mungkar bersamanya , saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang - kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.


    Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru , membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita , yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .


    Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu , parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.


    Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati - hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya ( Jahiliyyah ) dan kita masuk mulut harimau ( jahiliyyah )


    Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .


    Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini . Takbiiiirr !! ( 3 kali )

    posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

    ReplyDelete