Cantik tulisan ini, saya ambil dari blog adinda Ustaz Fadhli ketua pemuda PAS jerantut: http://www.fadhlibrahim.blogspot.com/
ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN
Ummat Islam bukan sahaja diperintahkan supaya taat kepada Allah dan rasul tetapi diperintahkan juga taat kepada pemimpin.
Firman Allah SWT:ياأيها الذين أمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan pemimpin dikalangan kamu (An-Nisa’ 59)
Pendokong gerakan Islam mestilah beradab apabila berhadapan dan memperkatakan sesuatu terhadap pimpinan tertinggi.
Diantara adab-adabnya ialah :
1. Mentaati pimpinan: Ahli gerakan islam mestilah taat kepada setiap arahan pimpinan yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.
Sabda Nabi SAW:عن أبى هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلعم.....ومن يعص الأمير فقد عصانىMaksudnya:Daripada Abu Hurairah R.anhu berkata, RasuluLlah SAW bersabda….Sesiapa yang mengingkari pemimpin maka sesungguhnya ia mengingkariku. (H.R Muttafaq Alaih).
Apabila arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan tidak dipatuhi oleh ahli-ahlinya, maka itu petanda ahli-ahli tidak merasa bertanggungjawab terhadap jemaah.
Enggan taat kepada pimpinan bermakna setuju dengan kehancuran islam. Nabi SAW:
لا إسلام إلا بالجماعة ولا جماعة إلا بالإمارة ولا إمارة إلا بالطاعة
Maksudnya: Tidak ada islam melainkan dengan adanya jamaah, tidak ada jamaah melainkan adanya ketua dan tidak ada ketua melainkan dengan adanya ketaatan. @Ada yang mengatakan ini bukannya hadith Nabi saw(mintak ustaz Fadhli check semula){-uye}
2. Menghormati dan menyayanginya: Menyayangi dan menghormati pimpinan adalah dituntut oleh islam.
Sabda Nabi SAW:
عن حمزة أنس بن مالك خادم رسول الله صلعم عن النبى صلى الله عليه وسلم قال:لا يؤمن أحدكمحتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya:Daripada Abi Hamzah Anas bin Malik, Khadam RasuluLlah SAW, daripada Nabi SAW : Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
3. Menjaga maruah :Kita digesa supaya menjaga maruah pemimpin, kerana mereka diamanahkan untuk memimpin kita.
Firman Allah SWT:ياأيها الذين أمنوا لا يسخر قوم من قوم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.(Al-Hujurat 11)
4. Memberi kerjasama : Ahli perlu bekerjasama dengan pimpinan didalam melaksanakan tugas, kerana pimpinan tidak akan mampu menyempurnakan tugas mereka tanpa kerjasama dari ahli bawahan mereka.
Firman Allah SWT: وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (Al-Maidah 5:2)
5. Memberi teguran melalui saluran tertentu :
Pemimpin yang melakukan kesilapan perlu diberi teguran secara berhikmah. Sabda Nabi SAW:
عن أبى رقية تميم بن أوس الداري صلعم أن النبى صلى الله عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قلنا: لمن. قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
Maksudnya: Daripada Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Darimi R.anhu, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Agama itu nasihat. Kami bertanya: Kepada siapa?Baginda SAW menjawab:Kepada Allah, kitabnya,rasulnya dan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang yang mereka pimpin. (H.R Muslim)
6. Menziarahi : Menziarahi pemimpin adalah penting sebagai tanda sokongan dan hormat kepada pimpinan.Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Daripada Abi hurairah R.anhu berkata, RasuluLlah SAW bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya pada jalan Allah,nescaya dua orang memanggilnya bagus kamu, bagus perjalananmu dan kamu telah menyediakan tempat disyurga.
7. Memberi sumbangan : Sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga perlu diberikan kepada pemimpin dalam membangunkan jemaah atau Negara seperti idea Salman Al-Farisi didalam peperangan khandaq, manakala para sahabat pula memberi sumbangan yang berbentuk harta dan penglibatan mereka dalam menggali parit.
TIDAK BERADAB DENGAN PIMPINAN
Kesan daripada ahli tidak menghormati pimpinan menyebabkan :-Mendapat kemurkaan Allah.-Memburukkan imej jemaah- Melemahkan semangat pemimpin untuk menjalankan tugas dengan cemerlang-Menggagalkan perancangan yang dibuat oleh pemimpin untuk kebaikan jemaah.
SEMOGA SELEPAS INI TIDAK ADA LAGI KECAMAN YANG MELAMPAU TERHADAP PIMPINAN BILA SESUATU PERKARA BERLAKU.
akhi/ ukhti say ijin kopy ya
ReplyDelete