Friday, August 15, 2008

KAWAN JADI LAWAN, LAWAN JADI KAWAN

Salam sahabat-sahabat,

Moga kita semua berada dalam rahmat-kasihsayang ALlah. Begitulah hendaknya isteri dan anak-anak kita.

Dalam kehidupan ini macam-macam boleh jadi. ada macam-macam orang. ada macam-macam perangai. Kadang-kadang kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan.

Oleh sebab itu kalau kita menyayangi seseorang.....jangan sayang habis2, jangan puji dia melangit kerana boleh jadi satu masa nanti dia berubah lalu menjadi penentang kita.
Kalau kita memerangi atau membenci seseorang....jangan perang habis2, jangan keji dia rapat ke bumi kerana boleh jadi satu masa nanti dia berubah lalu menjadi penatang kita.

Sekiranya tidak, kita akan mengalami tekanan perasaan yang menghimpit dada, menyempit fikiran, kecewa, benci, menyampah dan bagai2 lagi.
Sikap yang baik ialah berpada-pada dan bersederhana.
Teringat saya satu lirik nasyid, baik dan dalam pengertiannya.

Kawan Jadi Lawan
Album : Kasih Ibu Bapa
Munsyid : The Zikrhttp://liriknasyid.com

Kawan
apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam perjuangan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Para pejuang selalu kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan apalah disedihkan hati

Jangan terkejut kalau ada sahabat yang memusuhi kita...... walaupun dulunya rakan karib kita, walaupun dalam satu jamaah, walaupun dalam sebuah keluarga, walaupun dalam sebuah organisasi, walaupun pernah tidur sebantal.......BENARLAH kata RasuluLlah saw yang menyatakan bahawa ,
"Bagi orang mukmin ada empat musuhnya.......antaranya orang kafir, antaranya ialah ORANG MUKMIN YANG DENGKI PADANYA".
Kalau hal ini terjadi, MAKA bersabarlah kita dan jangan lupa sentiasa mendekatkan diri kepada ALlah. Dalam genggamaNYAlah hati-hati manusia. tk

No comments:

Post a Comment