Assalamu'alaikum.
Ramai yang bertanya tentang fidyah puasa. Di sini saya perturunkan jawapan oleh Ustaz Adnan. Lepas nie tak payah lagi nak call-call saya :)
FIDYAH BAGI PUASA-PUASA YANG LALU
Soalan; Bagaimana caranya untuk qadha puasa yang ditinggalkan untuk beberapa tahun yang lepas? Apakah perlu dibayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa?
Soalan; Bagaimana caranya untuk qadha puasa yang ditinggalkan untuk beberapa tahun yang lepas? Apakah perlu dibayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa?
Jawapan;Puasa yang ditinggalkan pada masa yang lalu, tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia wajib diqadha; satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga. Kecuali jika seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak.
Yang ada khilaf ialah jika puasa yang dtinggalkan itu telah melepasi tahun (yakni telah memasuki Ramadhan baru) namun masih belum diqadha lagi; adakah diwajibkan qadha puasa sahaja atau diwajibkan juga fidyah bersama puasa. Ada dua pandangan ulamak;
Pertama; menurut mazhab Imam Abu Hanifah; memadai dengan qadha/ganti dan mohon ampun sahaja. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahu pun as-Sunnah yang soheh menyebutnya. Pandangan inilah yang saya kemukakan dalam jawapan yang lalu (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/fidyah-bagi-puasa-puasa-yang-lalu.html) dan ia ditarjihkan oleh Mufti Mesir sekarang ini (Dr. Ali Jum'ah Muhammad). Pandangan inilah lebih ringan diamalkan berbanding pandangan kedua nanti.
Kedua; menurut mazhab Imam Syafi'ie; puasa yang masih belum diganti sedangkan telah masuk ramadhan yang baru, hendaklah dibayar fidyah di samping qadha puasa. Bagi sehari puasa yang belum diganti, maka satu fidyah yang mesti dikeluarkan bagi tahun pertama yang dijangkaui. Jika telah menjangkau tahun kedua, maka dua fidyah mesti dikeluarkan bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Dan begitulah seterusnya. Adapun jumlah puasa yang perlu diqadha tidak bertambah.
Sebagai contoh; seorang ada puasa yang ditinggalnya 10 tahun lalu selama 5 hari, lalu hari ini baru nak diqadhanya. Maka jumlah hari puasa yang perlu diqadha ialah 5 juga. Adapun fidyah, bagi satu hari perlu dikeluarkan 9 fidyah. Bagi keseluruhan 5 hari ialah 45 fidyah (5 x 9).Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment