Saturday, August 16, 2008

PEMIMPIN KENA SABAR

Assalamualaikum.

SABAR adalah kalimah yang mudah disebut tetapi tak mudah untuk dipraktikkan.
Al-Quran mengulangi acap kali kalimah sabar tidak kurang daripada 70 kali(mengikut Imam al-Ghazali). Ini menunjukkan bertapa pentingnya sifat sabar.

SABAR menahan diri agar tidak melanggar batas-batas ketentuan ALlah yang membawa kepada dosa dan maksiat. Sabar menahan diri daripada apa yang dibenci kerana menurut perintah dan mencari keredhaan ALlah. Contohnya kita benci berpuasa tetapi kita sabarkan diri melaksanakannya kerana ianya perintah ALlah.

Setiap insan mesti bersabar, lebih-lebih lagi pemimpin gerakan Islam .
Sabar mentekuni kerja-kerja dakwah.
Sabar menggerakkan kerja-kerja siasah.
Sabar menghidupkan kerja-kerja tarbiah.

Berkata Dr Yusuf Qardawy(kalau tak silap yusof embong ) di antara bidang kesabaran yang diutarakan oleh al-Quran ialah:

1.SABAR DI ATAS BALA BENCANA DUNIA.
2.SABAR DI ATAS DORONGAN NAFSU.
3.SABAR DI ATAS MENTAATI ALLAH.
4.SABAR ATAS KESULITAN BERDAKWAH.
5.SABAR DI KALA PEPERANGAN.
6.SABAR DALAM HUBUNGAN KEMANUSIAAN.

Yang saya nak kaitkan ialah yang no 6....... Sabar dalam hubungan kemanusiaan.
Seorang ibu dengan sabarnya membesar-didik 6 orang anaknya. Bagaimana pula seorang pemimpin, di bawahnya ada beribu-ribu bahkan ratusan ribu ahli-ahli.............tentulah lebih perlu bersabar.

Pemimpin jangan mudah melatah. bosan, frust, benci, marah dan berbagai lagi sifat negatif.
Pemimpin mesti bersabar terutama pemimpin yang da'i'. Lihat al-Quran mencirikan pemimpin dengan kesabaran.

dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. (surah as-Sajdah:24)
Saya yakin pemimpin kita di peringkat pusat dan dewan-dewan mampu bersabar demi meneruskan perjuangan menegakkan Islam yang syumul.

No comments:

Post a Comment