Sunday, August 24, 2008

BERPUASA TETAPI TAK SOLAT, BERSOLAT TETAPI TAK PUASA

Salam.

Pelik tapi benar. Sanggup berlapar 13 jam kerana berpuasa tetapi solat 13 minit tak sanggup.

Adakah puasa itu diterima oleh ALlah?

Adakah dia mendapat pahala?

Anda perhatikan, setengah orang Islam berpuasa tetapi tidak bersolat atau bersolat hanya di bulan Ramadhan. Orang yang seumpama ini, puasa dan sedekahnya adalah tidak berguna kerana solat itu tiang agama. Bagaimana agama boleh tegak kalau tiangnya tiada.

HUKUM TINGGAL SOLAT

SEtakat pemahaman saya, tidak ada ulamak yang menghukum murtad kepada orang yang malas menunaikan puasa TETAPI ada ulamak yang menghukum murtad(terkeluar daripada Islam) kepada mereka yang meninggalkan solat kerana malas.

Mari kita lihat hukum orang yang meninggalkan solat. Tulisan ini saya ambil daripada catatan lama, tak silap saya daripada buku Mastika Hadith keluaran Jabatan perdana Menteri. - BERSAMBUNG

Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu, jika dia ingkar wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari Islam, kerana dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama akalnya sihat.

Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, padahal ia iktikadkan wajibnya,maka mengenai orang ini alim ulama berselisih dengan tiga pendapat:

1. Orang itu menjadi kafir juga,sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya.

2.Orang itu tidak menjadi kafir,tetapi ia menjadi fasiq yang wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan sembahyang,dan sekiranya dia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan keatasnya ‘hukum had’ iaitu dibunuh dengan pedang.

3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh,tetapi di‘ta’zir’ dengan dipenjarakan sehingga ia mengerjkan sembahyang.

Oleh yang demikian jaga dan pastikan anak-anak kita menunaikan solat penuh lima waktu sehari semalam.


.

No comments:

Post a Comment