Salam kawan-kawan,
Kurma Yahudi....... kalau ya, haram ke kita makan?
Islam tak pernah mengharamkan muamalah(jual beli) dengan mana-mana manusia sekalipun Yahudi kafir.
Samalah juga Islam tidak pernah mengharamkan kita melancong ke mana-mana negara sekalipun negeri orang kafir. Itu asasnya.
Tetapi ianya boleh berubah menjadi HARAM bila membantu mana-mana golongan menentang dan membunuh umat Islam. Atas asas itulah Professor Dr Yusuf al-Qaradawy(saya yusof embong- uye) mengharamkan umat Islam masuk ke negara Israel Yahudi.
BAGAIMANA PULA KITA MENYOKONG, MEMILIH DAN MENGUNDI ORANG YANG TERNYATA LEBIH DARIPADA 12 KALI TIDAK MAHU MENEGAKKAN HUKUM DAN UNDANG-UNDANG ALLAH........
Abis? Apa kena mengena dengan makan kurma yahudi? Yang nie fikir2lah dan tanya iman di dada.
Ini isi email yang dihantar kepada saya mengenai kurma yahudi;
{Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute! Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia . Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.}
Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Antara yang halal dan yang haram ada yang syubhat(samar-samar)......orang yang warak meninggalkan perkara syubhat. tk
No comments:
Post a Comment