Tuesday, August 12, 2008

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN - sambungan

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Uzur yang diterima ialah seperti haidh dan nifas.

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها .
Nabi saw pernah berkata kepada orang yang tidak ada tomakninah ketika solat(semasa qiyam, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud) : SabdaNya,"Ulang kembali solat kerana sesungguhnya kamu tidak dikira solat tadi" hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Seburuk-buruk pencuri ialah orang mencuri dalam sembahyang dengan tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan dalam solat. Ada kesempatan tajuk SOLAT YANG SEMPURNA akan saya utarakan di blog ini, insyaALlah.

6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ). Kerana itu kita mendapati ramai yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. Puasa yang ditunaikan itu hanyalah RUPA PUASA tanpa disertai RUH PUASA.

Rupa Puasa ialah menahan diri dari makan minum, berjimak dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sodiq hingga terbenam matahari.
Ruh Puasa ialah menahan diri dari segala jenis dosa dan larangan ALlah serta sentiasa mengerjakan yang fardu dan wajib.

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى - Musibah besar(Bala besar....bahasa orang pantai Timur) kerana Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Tarawih. Umat Islam bersemangat mengerjakan solat sunat Tarawih secara berjamaah tetapi sangat kurang yang bersemangat menunaikan solat Subuh berjamaah di masjid atau surau. Ada ruang kita akan mendaetaili keutamaan solat Subuh berjamaah, insyaALlah.

9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam. Yang disunatkan ialah melewatkan makan sahur. Katalah kita makan sahur jam 5.10pagi, 5.30pagi dah siap makan. Lepas tu bolehlah kita terus ke masjid menunaikan solat Subuh berjamaah. Kalau dah makan sahur seawal jam 4.00 pagi maka tak adalah ke masjid.....perut kenyang, apalagi,,,, berkeruhhhhhh.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

11. Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas tarawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Kita rebutlah peluang dan ruang yang ALlah kurniakan untuk berlumba-lumba menunaikan ibadat dibulan Ramdhan yang mulia ini.
@SENGAJA DIBENTANG AWAL DI BLOG INI UNTUK TATAPAN DAN NOTA KEPADA MEREKA YANG MENGIKUTI KULIAH SAYA. PARA USTAZ BOLEH MENGGUNAKANNYA UNTUK BERKULIAH, BERKHUTBAH DAN LAIN-LAIN.

No comments:

Post a Comment