Friday, August 8, 2008

LAPAN dan LAPAN dan LAPAN


TIDAK BERMULA dan TIDAK BERAKHIR

Assalamu’alaikum اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
الْحَمْدلله Segala pujian hanya tertentu untuk ALlah Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Kita semua adalah miskin dan fakir, sentiasa mengharapkan limpah kurniaNYA. Sekaya mana kita, segagah mana kita….kita adalah miskin dan lemah tanpa pertolongan ALlah. Oleh sebab itu jangan merasakan “kalau tak ada aku, Islam nie tak menang”. INGAT! Perjuangan ini TIDAK BERMULA dengan kita dan TIDAK BERAKHIR dengan kita. Kita adalah di antara mata rantai yang memenangkan Islam.

08-08-08
Hari ini hari jumaat, bertarikh 8hb Ogos, bulan ke lapan dalam kalendar orang putih, tahun 2008 (08-08-08). Jam menunjukkan lapan lapan minit pagi(8.8am), Dengan ini dengan lafaz BismiLlah saya “mengkeudarakan” blog ini. Moga-moga diberkati Allah serta memberi manfaat pada kita semua.

Lapan Bahasa Melayu, eight dalam Bahasa Inggeris, orang Arab kata ثمانية . Bahasa Cina dan India saya tak tahu. Yang tu kena tanya Thian Chua dan Gobalan.

Bulan 8 mengingatkan tarikh saya “ditendang” mengajar di Kota Marudu Sabah. Saya dikehendakki melapor diri 1hb 8 tahun 2002.

PERJANJIAN BERAT SEBELAH
Teringat pula sirah Nabi saw, di mana Baginda saw membuka Makkah “Fath Makkah” pada tahun 8 hijrah, iaitu setelah berlakunya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 hijriah. Perjanjian yang dirasakan oleh ramai orang-orang Islam termasuk Sayyiduna Umar sebagai berat sebelah dan merugikan Islam. Itulah tahap kemampuan pemikiran dan jangkauan politik orang bawahan(ahli). Tetapi ternyata lebih bijak lagi pimpinan tertinggi umat Islam waktu itu RasuluLlah saw. Perjanjian itu telah menjadikan Islam dapat memerintah dua negeri iatu Makkah selepas Madinah. Detailnya sila layari blog tantawi: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

INDAHNYA KEMATIAN
Takdir Allah, rupa-rupanya lesen memandu saya tamat(mati) pada 08-08-08. Saya dah hidupkan beberapa hari lalu. Saya pulak, bila nak mati, tak tahu lagi. Penyakit orang-orang besar tak ada lagi, baik kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Harap-harap sihat sentiasa. Apa-apapun saat kematian saya dah dekat dan makin dekat. Sihat mati, sakitpun mati. Nak atau tak nak….kena mati. Setiap yang bernyawa pasti mati.
Yang penting mati dalam keimanan dan berjuang menegakkan Islam.
Seorang pejuang Islam sangat rindukan kematian kerana ‘bila mati’ barulah boleh jumpa KEKASIH. Baginya saat-saat kematian adalah saat-saat yang indah kerana sebentar lagi akan berjumpa dengan sang kekasih yang selama ini dirindukan. Terkadang kita takut mati kerana kematian akan memisahkan kita dengan orang-orang yang kita cintai. Orang tua, saudara, suami/isteri, anak. Ini menandakan kita lebih mencintai mereka daripada Allah. Jika kita benar-benar cinta kepada Allah maka kematian ibarat sebuah undangan mesra dari Allah.

LAPAN DALAM AL-QURAN
Saya cari-cari juga dalam al-Quran, berapa kali ALLah menyebut kalimah ‘lapan’? Kalau kita membuka al-Quran kita akan bertemu dua tempat yang menyebut kalimah LAPAN iaitu dalam surah al-Haaqah ayat 7 dan 17. Kupasan dan huraiannya, bukalah kitab-kitab tafsir atau tanya ustaz-ustaz. Tanya tantawi, al-yamani, ustaz mokhtar, ustaz syukry jusoh, ustaz zuridan, ustaz hazmi, ustaz tarmizi dan ustaz-ustaz lain.


LAPAN ASNAF ZAKAT
Apakah lagi keistimewaan angka 8 sayapun tidak berapa arif sangat. Oh ya, 8 asnaf yang berhak terima zakat iaitu “Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (at-Taubah: 60)Dalam ayat di atas Allah menyatakan lapan pihak untuk disalurkan harta zakat iaitu;1.Untuk golongan fakir.2.Untuk golongan miskin.3.Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama.4.Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat.5.Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya.6.Untuk orang-orang yang “dibelenggu” oleh hutang.7.Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi SabiliLlah).8.Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

LAPAN DALAM HADITH NABI SAW
Lagi apa ya? Fikir-fikir dan ingat-ingatkanlah!
Ada beberapa hadith yang menyebut tentang LAPAN antaranya:
Hadis Buraidah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan sebanyak sembilan belas kali dan baginda turut bertempur sebanyak lapan kali.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3384

Hadis Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ dan bersaksi bahawa Nabi Isa adalah hamba Allah, anak hambanya dan kalimah Allah iaitu Nabi Isa a.s dijadikan oleh Allah tidak berbapa hanya dengan kalimah KUN yang bererti jadilah engkau maka jadilah dia yang disampaikan kepada Mariam dan juga tiupan roh daripada-Nya, serta bersaksi bahawa balasan Syurga adalah pasti begitu juga balasan Neraka adalah pasti di mana Allah akan memasukkan mereka yang dikehendaki ke dalam Syurga melalui salah satu dari lapan pintu Syurga sebagaimana yang dikehendakinya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 41

SOLAT SUNAT ‘MURAH REZEKI’
Kalau kita rajin, dirikanlah solat sunat Dhuha. Ini adalah solat sunat di siang hari yang menjadi amalan Nabi saw. Paling sempurna ialah 8 rakaat, paling sedikit 2 rakaat. Rajin-rajinlah solat sunat Dhuha kerana sangat banyak kelebihannya. Buat dulu, baru tahu.

Seperkara lagi, isteri Nabi saw sembilan orang. Lapan orang kira bermadu, mengapa saya kata begitu? Kerana Nabi saw tidak berkahwin lebih daripada satu melainkan setelah kewafatan Khadijah r.ah.
Itulah coretan pertama saya dalam blog ini. Kalau ada kesilapan, bercanggah dengan kalam ALlah dan kalam Rasul maka tegurlah saya. Moga ALlah sentiasa memberi kekuatan pada saya untuk mengembang-subur Islam dan perjuangan Islam menerusi blog ini. Terima kasih, wassalam. Uye080808(8.8am).
# next saya nak criter, macamana nak sambut ketibaan Ramadhan. Baca! Jangan tak baca. Then copy> paste> edit> print >edar.




No comments:

Post a Comment