Friday, August 29, 2008

MUTIARA HADITH TENTANG PUASA

Salam.

Banyak hadith-hadith tentang puasa khususnya puasa Ramadhan. Sedapat mungkin saya menyatakan siapakah perawinya. Sahabat-sahabat sangat digalakkan membuat teguran, tambahan dan nasihat, pastu emailkan pada saya yusofembong@yahoo.com


1. HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA.
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]


2. DOANYA TIDAK DITOLAK OLEH ALLAH.

ثلاثة لاتُرَدُّ دعوتُهم الإمام العادل والصآئم حتى يُفطِرَ ودعوة المظلوم يَرفَعُها الله دون الغمام يوم القيامة وتُفتَحُ لها أبوابُ السماء ويقول بعزّتى لأنصرنك ولو بعد حينٍ

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

3. PENEBUS DOSA.

رمضانُ إلى رمضانُ، والجمعةُ إلى الجمعةِ، والصلاة إلى الصلاة مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بينهن إذا اجْتُنِبَتْ الكبائرُ

Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi Penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar] – al-Hadith

4. PUASA YANG CELAKA DAN BINASA

احضُرُوا المنبر، فحضرنا، فلما ارتَقَى درجةً قال: امين، فلما ارتقى الدرجةَ الثانية قال: امين، فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال: امين. فلما نَزَلَ، قُلنا: يا رسولَ الله! لقد سمعنا منك اليومَ شيئا ما كنا نسمعه، قال: إن جبريل عليه السلام عَرَضَ لى فقال: بُعدٌ من اَدرَكَ رمضانَ فلم يُغْفَرْله، قلت : امين. فلما رَقِيتُ الثانية، قال: بعد من ذَكَرتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك، فقلت: امين. فلما رقيت الثالثة، قال: بعد من ادرك أبَوَيهِ الكِبَرَ عنده أو أحدهما، فلم يُدخِلاه الجنةَ، قلت: امين

RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.
Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.
Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين.
Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.
Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga
di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين.

5. BERSAHUR, JANGAN TAK BERSAHUR.

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.





6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    mohon untuk menyebarkan lagi hadith yang disiar dalam blog tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam. juga mohon untuk disebarkan hadis2 ini.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    saya disini memohon untuk menyebarkan hadis dalam blog tuan...

    ReplyDelete
  4. Salam, mohon menyebarkan hadis dalam blog tuan...

    ReplyDelete
  5. saya ingi memohon untuk menyebarkan hadis ini

    ReplyDelete
  6. saya mohon ambil hadis ini utk perkongsian ilmu

    ReplyDelete