Sunday, October 19, 2008

SIA-SIA RM10ribu.........Kursus Haji Perdana Pahang

(Gambaran Dalam Ka'bah)

al-HamduliLlah, segala kepujian tertentu buat ALlah.


Semalam, sabtu(18 okt 2008) hingga jam 10.00 pagi tadi saya dan isteri mengikuti Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad 1. Kehadiran lebih daripada 1500 orang bakal-bakal haji dan ada juga yang dah pergi haji.


Pada saya, kursus itu sangat baik samada kita dah pernah pergi Haji/Umrah atau belum pernah pergi Haji/Umrah. Yang penting kita hendaklah sentiasa mengikhlaskan diri ketika berkursus atau mendengar ceramah Haji. InsyaALlah kita akan dapat ilmu dan adalah benda-benda atau maklumat-maklumat baru yang kita dapat.


Pembimbing utama kursus itu ialah Ustaz Badrul Huzaini, dibantu oleh beberapa orang ustaz dan ustazah. Mereka semua mahir dan pakar dalam soal kerja-kerja Haji dan Umrah. Sekalung tahniah buat mereka dan Tabung Haji Negeri Pahang.


Dalam pengamatan dan penelitian saya, khususnya ketika praktikal Haji dan Umrah di padang bersebelahan masjid, saya yakin ramai yang tidak sah hajinya, sia-sia duit rm10ribu. Apa sebabnya? Di mana tak betulnya? Saya akan bicarakan dalam siri-siri berikutnya. Saya akan bicarakannya dalam 4 atau 5 siri.


Secara kasarnya, sebab yang paling utama ialah KEJAHILAN dan KEDEGILAN(bahasa ustaz Badrul Huzaini ialah babir). Jahil kerana tidak belajar, degil kerana sombong.


Ikutilah kupasannya dalam siri-siri berikutnya, insyaALlah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Terkejut juga bila baca tajuk pd awalnya. Ingatkan kursus haji tu yg yg sebabkan sia-sia RM10k. Nasib baik try baca artikel penuh. Tahniah akan ke Tanah Suci tahun ni. Moga semua ibadat diterima olehNYa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Saya sangat ingin menunaikan haji dalam waktu terdekat, lebih mudah bila kudrat masih kuat. Tolong doakan.

    ReplyDelete