Wednesday, September 30, 2009

Friday, September 25, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (vii) Hari Raya Kedua....Kuala Trengganu.

SalamuLlah 'alaikum,

Hari ini isnin 21 Sep 2009(Hari Raya Kedua). Malam tadi tiba dari Beranang Selangor jam 1 pagi. Masing-masing letih bin penat.

Destinasi hari ini ialah ke Pasir Panjang K.trengganu tanah tempat kelahiran ku.
Kami keluar dari Batu Tiga Kuantan di sekitar jam 10 pagi melalui jalan Jabor-Ajil menuju Kuala Trengganu.
Bersiap untuk bertolak ke Kuala Trengganu. (Foto atas) Itulah rumah kurniaan ALlah kepada saya yang mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. JazakumuLLah kepada keluarga arwah Pak Wail dan Mak Ngah Hindun yang banyak membantu saya menyiapkan rumah tersebut.
(Foto di bawah) Singgah di R&R Cheneh kerana ada cucu terbuang air besar.
Mak Long(kakak sulong saya) sedang gulai ayam kampung........Kami tiba di rumahnya di Kesom sebelah Kubang Lembik tempat Ustaz Harun Taib lebihkurang pukul 3 petang. Perut lapar jangan kira..........jalan jam/sesak dari Felda Jerangau sampailah ke mANIR.
Anak gadis kembar Mak Long bergambar dengan maknya dan isteri ku Faridah Kamaruddin

(Foto Di Bawah) Nie kat rumah Yusri(ayah Da) adik saya seibu tapi lain bapa.
Adik beradik aku. (FOTO ATAS)Dari kiri Yusri, Kak Mah, uye, Atie dan Nasir. Atie seorang cikgu {belum kawin, siapa nak cepat-cepat contact aku:)))) }
Kat rumah Kak Ani(sepupu aku)

Foto Bawah - Nie Kat rumah Ayah Da (Adik seibu)
FOTO ATAS - 5 Beradik
Foto Atas dan Bawah - Kat rumah Mak Su
Alangkah comelnya kalau bertudung n tutup aurat
Itulah sekadarnya coretan aku, terima kasih kepada semua.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 23, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (vi) Hari Raya Pertama ....Beranang destinasi utama dan terakhir

Salam teman-teman dan sanak saudara,

Syukur kepada ALlah Yang Maha Kuasa, lebih kurang pukul 6.55petang kami selamat tiba di Beranang, bumi kelahiran dan tempat membesarnya isteriku Puan Faridah Kamaruddin. Di rumah ini beliau dibesar dan dididik oleh Datuk dan neneknya(kedua2 telah meninggal dunia)

Sedang menikmati juadah di rumah Mak Wa(mak saudara Pn Faridah) bersebelahan rumah nenek.
Mak saudara dan sepupu-sepupu Pn Faridah(foto atas)

Di rumah Ambo Buyung(Pak Saudara Pn Faridah)
BEGITULAH KASAR-KASAR CORETAN SAYA . Semoga keluarga uye bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Baca Selanjutnya...

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (v) Hari Raya Pertama ....singgah ke BBB(Bandar Baru Bangi)

Salam teman-teman,

Perjalanan diteruskan ke Bandar Baru Bangi. Tempat saya belajar 25 tahun dulu di UKM. Di sinilah juga saya dikurniakan 3 orang anak sebelum berpindah ke Pekan Pahang.

Kami tiba di BBB dari Melaka di sekitar jam 4.15petang. Kami terus ke rumah Dr A.Halim. Salah seorang anaknya, Nusaibah adalah anak susuan saya. Ceritanya panjang, detailnya tanyalah kemudian.
Terima kasih banyak kepada Dr A.Halim dan keluarga di atas layanan mesra. Sempat pula dihulurkan duit infaq fi sabiliLlah.
Terima kasih kepada Kak Azyan(is3 Dr A.Halim) yang sentiasa mengundang kami ke rumahnya.

Hajat di hati nak singgah beraya di rumah Dr A.Wahab Ismail di section yang sama tetapi tidak kesampaian kerana beliau dan keluarga dalam keletihan kerana baru pulang dari umrah pada hari yang sama. Malas pulak saya nak menganggunya. Kemudian kami ke rumah Yusoff Hitam dan Kak Mah(pengasuh Mukminah dan Habibullah ketika kami tinggal di section 6 BBB) tapi sayangnya mereka tiada di rumah. Kamim langsung memacu kenderaan masig-masing ke Beranang. Beranang adalah destinasi utama dan terakhir uye sekeluarga.
Baca Selanjutnya...