Sunday, October 5, 2008

أركان الإسلام RUKUN ISLAM - Siri 1

Syukur َالْحَمْدُ ِللهِ kerana kita telah menyelesaikan empat daripada Rukun Islam yang lima kecuali haji. Mengucap dua kalimah syahadah sudah, solat sudah, zakat sudah, puasa sudah. Yang belum selesai ialah Haji. Bulan haji dah masuk iaitu bermula 1 syawal, ZulQaedah hingga 10 Zulhijjah.

Dalam kesempatan ini saya akan menghuraikan kelima-limanya dalam 3 atau 4 siri.
Setiap rukun Islam itu mempunyai falsafah dan pengajarannya yang tersendiri.

Rukun Islam sebagaimana yang diketahui umum ialah lima.

Mari kita lihat jawapan Nabi s.a.w kepada Jibril a.s.;
يا محمد! أَخبِرْنِى عن الإسلام؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإسلام أن تشهد أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتى الزكاة، وتصوم رمضان، وتَحُجَّ البيت إن استطعتَ إليه سبيلا.

”Wahai Muhammad s.a.w beritahukan kepada aku tentang (dasar-dasar) Islam? Maka RasuluLlah s.a.w menjawab, ”Islam itu ialah kamu bersyahadah serta yakin bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH, kamu mendirikan sembahyang , kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu mengerjakan Haji ke BaituLlah jika engkau mampu sampai kepadanya”.

Pertama : Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

أشهد أن لا إله إلا الله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu perjanjian, pengisytiharan dan pengakuan untuk menyembah (mengabdikan) diri kepada ALlah dan mengikuti syariat Nabi Muhammad. saw.

Dalam syahadatain mengandungi dua bahagian dan pengakuan iaitu:
1. Syahadah terhadap Allah iaitu mengaku tentang kewujudan, keesaan dan kesempurnaan sifat ALlah tanpa sebarang sifat kekurangan.
2. Syahadah terhadap RasuluLlah saw iaitu mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenar-benarnya utusan ALlah yang membawa pengajaran kepada seluruh manusia SERTA menjadi contoh teladan yang wajib diikuti.
ATAU
1-Syahadah memberi makna penyaksian dan pengisytiharan kepada orang ramai bahawa Si Pengucap itu mengakui Ketuhanan dan Keesaan Allah swt yang layak diabdikan diri dan disembah manakala yang lain adalah batil dan palsu.
2-Begitu juga mengiktiraf bahawa tidak ada ikutan dan contoh yang unggul melainkan Muhammad s.a.w dan syariatnya sahajalah yang wajib diterima.

Mengucap dua kalimah syahadah adalah pintu pertama bagi seseorang yang ingin memasuki Islam menjadi muslim.Ia menjadi asas dan rukun Islam yang pertama dan anak kunci masuk Islam.

-Bagi orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah menjadi sebab Si Pengucap layak dilaksanakan semua syariat (undang-undang @peraturan) Islam ke atasnya.

-Kita hanya berhujah dan berhukum berdasarkan yang zahir (lisan dan perbuatan), yang batin (hati) terserah kepada Allah.Dari sini lahirlah perbahasan muslim, mukmin dan munafiq.

Kita tidak mahu syahadah yang palsu dan pura-pura.
Dengarlah firman Allah,

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (S.Munafiqun : 1 )

KESIMPULAN : Bersyahadah membawa maksud kita dah berJANJI dan berSETIA untuk menyembah-abdikan diri hanya kepada ALlah serta mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Oleh itu jangan langgar perjanjian dan persetiaan yang telah dimeterai. Lain di mulut, lain di hati itu munafik. Macamana mulut, begitulah hati itu muslim mukmin.
- bersambung dalam siri 2

No comments:

Post a Comment